ShareThis to the world!

Cepat minta maaf Suarez!

  • Luis SuarezLuis Suarez
 1 / 1 
BRENDAN Rodgers menggesa Luis Suarez supaya memohon maaf kepada rakan sepasukan sebelum dibenarkan menyertai pasukan utama di Anfield.

Bintang Uruguay itu tidak beraksi ketika The Reds tumpas 1-0 di tangan Celtic pada perlawanan pra musim, awal pagi semalam dan Rodgers beritahu Suarez punyai 'tugas berat' bagi kembali merebut tempat utama pasukan.

Selepas menolak dua kali bidaan daripada Arsenal, Rodgers dan pengerusi kelab, John W Henry memgambil penmdekatan Suarez bukan untuk di jual dan mengalu-alukan pemain itu beri komitmen kepada kelab.

"Pertama, beliau perlu memohon maaf kepada rakan sepasukan dan kelab. Kemudian bersedia untuk berjuang demi kelab. Saya tahu mengenainya kerana saya melihatnya.

"Beliau telah menghabiskan beberapa hari menjalani latihan bersendirian. Saya dimaklumkan pada akhir musim lalu bahawa ada beberapa kelab mahukan khidmatnya. Namun, realitinya, Liverpool masih perlukan beliau," katanya.

Musim lalu, Suarez muncul penjaring terbanyak Kop sepanjang pertandingan termasuk meledak 23 gol dalam kempen Liga Perdana Inggeris .

sumber:sinarharian
0 Komentar untuk "Cepat minta maaf Suarez!"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info