ShareThis to the world!

Dipukul Hingga Mati Kerana Tidak Tahu Mengira


Kanak-kanak Dipukul Hingga Mati, Tidak Tahu Mengira


Mexico City – Hanya kerana tidak boleh mengira sehingga 10, seorang budak berusia empat tahun, telah dipukul hingga mati oleh bapa dan ibu saudaranya, di sebuah kawasan di pinggir bandar di Ecatepec.
Mayat Raúl Antonio kemudiannya telah dibuang.
Ibu dan bapa saudaranya,  MarÌa Guadalupe Tovar Hernández, 33, serta Guillermo Delgadillo Becerra, 43, telah ditangkap selepas mengaku membunuh kanak-kanak malang itu.
Dia menetap bersama ibu dan bapa saudaranya selepas ditinggal oleh ibunya.
Ibu saudaranya sebelum itu memberikan keterangan palsu dengan mendakwa Raul telah lari dari rumah.
Mereka kemudiannya membuat laporan polis mengenai kehilangan Raul sehingga memaksa polis menjalankan gerakan memburunya.
Bagaimanapun pihak berkuasa mula curiga selepas kenyataan ibu saudaranya itu bercanggah dengan penemuan bukti, dan akhirnya barulah mereka mengaku memukul Raul hingga mati kerana tidak tahu mengira sehingga 10.
Pasangan itu mengaku memukul Raul untuk mendisiplinkannya sehinggalah budak itu rebah, barulah mereka mengetahui bahawa dia telah meninggal dunia.


sumber: MYNEWSHUB.MY
0 Komentar untuk "Dipukul Hingga Mati Kerana Tidak Tahu Mengira"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info