ShareThis to the world!

Fenomena Hujan Meteor Tahi Bintang 12 Dan 13 Ogos 2013

Fenomena hujan meteor atau tahi bintang boleh dilihat pada 12 dan 13 Ogos 2013 di Malaysia. Pancuran Meteor Perseid daripada buruj Perseus adalah antara paling menarik kerana cahayanya terang dan boleh dilihat dengan mata kasar di kawasan lapang. Waktu paling terbaik untuk melihat fenomena ini pada pukul 11 Malam.
hujan meteor
Tarikh Fenomena Hujan Meteor 2013
Tarikh: 12 Dan 13 Ogos 2013
Masa: 11 Malam
Punca Fenomena Hujan Meteor
Pancuran meteor berlaku apabila bumi melintasi laluan komet dan menyebabkan debu-debu komet ini terbakar apabila memasuki atmosfera bumi. Bagi pancuran meteor Perseid, ia berlaku kerana bumi melintasi laluan komet Swift-Tuttle yang mempunyai diameter nukleus lebih kurang 26 kilometer. Apabila komet itu semakin menghampiri matahari, ia juga turut melintasi orbit bumi dan meninggalkan debu-debu komet sepanjang perjalanannya. Debu-debu inilah yang akan memasuki atmosfera bumi dan menghasilkan pancuran meteor yang dapat dilihat dengan mata kasar. Waktu terbaik menyaksikan hujan meteor itu ialah selepas bulan terbenam bermula 11 malam.


Sumber:  melvister.com 
0 Komentar untuk "Fenomena Hujan Meteor Tahi Bintang 12 Dan 13 Ogos 2013 "

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info