ShareThis to the world!

Gaji Cecah 5 Angka Di Usia 25 Dengan Blog?

5angka-565x565
BELUM pun umurnya mencecah suku abad, beliau sudah mampu memiliki kereta idaman hasil titik peluh sendiri.
Sewaktu rakan-rakan seusia sibuk berhempas pulas menyiapkan kertas kerja dan mengulangkaji pelajaran, beliau pula sibuk mempromosikan ‘internet marketing’ yang mengubah hidupnya.
Muhammad Ridzuan Mohd Rashidin, 25, atau lebih dikenali sebagai Richie yang berasal daripada Seremban merupakan anak tunggal kepada seorang ibu tunggal.
Ibunya yang berpendapatan RM900 sebulan menghabiskan hampir separuh pendapatannya untuk menaggung kos pembelajaran anaknya.
Namun kini, beliau bangga memiliki kereta idaman iaitu Lancer Sportback Ralli art dan menghadiahkan ibunya sebuah Proton Persona.
“Selepas SPM, saya sambung pengajian di UiTM dalam bidang Kejuruteraan Elektronik, namun hanya sekerat jalan saja.
“Saya drop out ketika masih lagi di semester pertama dan sebelum final exam untuk sem pertama itu.
“Mungkin itu kesilapan saya kerana terikut kata-kata orang lain dan bukan pada minat saya sendiri.
“Saya tidak mampu meneruskan pengajian saya kerana tidak mampu untuk menampung kos pergi balik ke kampus dan juga untuk makan minum,” cerita Richie memulakan perbualan.
“Saya mula berminat dengan internet marketing apabila mendengar akan kata seorang pensyarah yang menyatakan suaminya buat duit lumayan hanya dengan membuat website.
“Buat satu website dapat RM2000 – RM5000 siapa yang tak nak kan? Kemudian saya tercari-cari cara untuk buat website.
“Saya beli sebuah e-book (digital book) mengenai cara membuat web-blog atau dalam singkatannya blog. Banyak yang saya pelajari dan baru saya sedar walaupun tanpa menambil upah membuat website pun boleh dapat pendapatan sampingan.
“Sejak daripada itu saya menerokai mengenai internet marketing kerana blog merupakan salah satu medium internet marketing,” katanya.
Internet marketing adalah medium pemasaran yang sangat berharga di alaf baru ini.
Ianya tidak menjanjikan pendapatan lumayan tetapi jika anda faham konsep dan flow internet marketing, memang anda boleh jadi jutawan.
Nak cepat kena ada modal sikit. Nak cara percuma, memang lambat. Nak cara percuma tetapi kesan yang cepat pun ada, tapi tidak bertahan lama.
Setiap orang mempunyai permintaan masing-masing. Di internet anda boleh menghubungi dan mempromosi kepada beratus ribu malah jutaan pengguna internet dalam masa 24 jam. Jika anda hebat, dalam masa sejam pun boleh.
Macam saya, saya ketahui apa yang orang ramai mahukan. Saya pilih produk yang banyak permintaan, kemudian saya promosi di tempat yang betul yang ramai orang dan permintaan’’ terang Richie lagi.
Apabila ditanya benarkah beliau pernah makan sisa makanan rakan-rakan sewaktu belajar dahulu, sambil tersenyum beliau menjawab, “Memang pernah, sebab saya ramai kawan perempuan di kampus, dan mereka ni selalu makan sedikit saja.
“Memang saya selalu pow makanan diorang daripada membazir begitu saja. nak buat macam mana, saya kena berjimat, nak hidup tak boleh malu, kalau malu boleh mati. Tapi bukanlah setiap hari,” jelasnya.
Namun, apabila beliau berniaga di internet tanpa mempunyai pekerjaan yg tetap, banyak perkara baik dan kurang baik menimpa. Beliau pernah terduduk dua kali sepanjang bergelar usahawan sepenuh masa. Beliau menyalahkan diri sendiri atas perkara itu dan tidak menyalahkan orang lain. Mungkin dirinya sendiri yang tidak berfikir panjang akan kesan dan akibatnya.
“Saya dekatkan diri saya kepada Allah Maha Esa, saya mula menghargai ahli keluarga dan kawan-kawan saya. Saya bersikap lebih baik dan bersangka baik terhadap semua orang” kongsinya lagi, menceritakan antara perkara pahit yang pernah terjadi sepanjang beliau bergelar usahawan.
Menurut Richie, pendapatan bulanan beliau yang paling sedikit setakat ini adalah RM5000 sebulan, dan itu menggusarkan hatinya kerana tanggungan bulanannya mencecah RM4000. Yang paling banyak pernah diperolehi pula sekitar RM 20 000.
Saya cukup berminat untuk tahu, adakah di antara rakan-rakan beliau yang mengikut jejak langkah beliau dan berjaya menjana pendapatan seperti Richie.
“Ada ramai kawan yang bertanya tetapi tak ramai yang betul-betul boleh korbankan masa mereka untuk belajar. Saya tidak salahkan mereka mungkin mereka tidak banyak masa dan banyak lagi perkara yg lebih penting mereka nak lakukan.
Minat mereka juga berbeza dengan saya. Namun tidak dinafikan ramai di antara mereka tidak berapa yakin akan potensi buat duit dengan kehebatan internet marketing. Ada juga yang tidak yakin pada diri mereka sendiri sama ada mereka boleh commit dengan internet marketing,” jelas Richie.
Sumber: Jurnalis Shah Alam/ Mynewshub
0 Komentar untuk "Gaji Cecah 5 Angka Di Usia 25 Dengan Blog?"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info