KUALA TERENGGANU - Seorang jurukimpal maut selepas terlibat dalam pergaduhan antara dua kumpulan ‘mat motor’ berpunca dari salah faham siapa yang membaling mercun awal pagi 1 Syawal yang lalu.
Mangsa berusia 25 tahun dari Kampung Pecah Rotan, Batu Rakit dekat sini, meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) kira-kira pukul 5.15 petang semalam selepas enam hari berada di dalam keadaan koma.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Assiten Komisioner K. Manoharan memberitahu, kejadian dipercayai berlaku antara pukul 4 hingga pagi Khamis lalu di Kampung Pak Katak, Semarak dekat sini.
“Ketika kejadian mangsa bersama kira-kira 15 ahli kumpulan berada di kawasan terbabit manakala berhampiran kumpulan mereka terdapat beberapa kumpulan lain turut berada di situ.
“Tiba-tiba sebiji mercun dibaling ke arah satu kumpulan kira-kira 30 individu yang berada tidak di jauh dari kumpulan mangsa,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini hari ini. - KOSMO!
0 Komentar untuk "Jurukimpal maut selepas bergaduh"