ShareThis to the world!

Masih mantap, John Travolta terus beraksi

  • Masih mantap, John Travolta terus beraksiMasih mantap, John Travolta terus beraksi
 1 / 1 
Aktor yang sudah berusia 59 tahun ini bukan calang-calang pelakon, bahkan namanya cukup gah dalam industri seni. Meskipun ramai pendatang baru membanjiri Hollywood, namun popularitinya tidak pernah tergugat.

Sedikit mengenai penglibatannya dalam bidang seni, ia bermula sejak tahun 1970-an lagi. Dirinya menjadi perhatian apabila muncul di kaca televisyen menerusi drama bersiri, Welcome Back dan Kotter.

Selepas itu, pelakon kelahiran New Jersey ini terus jadi buruan pengarah. Malah, dia juga mempunyai pengikut tersendiri dan menjadi idola kepada pelbagai golongan peminat seni.

Bagaimanapun, kariernya semakin melonjak naik ketika memegang watak utama filem Saturday Night Fever dan Grease. Nyata kedua filem 'box-office' itu berjaya membawanya menemui era kegemilangannya.

Bahkan impak lakonan hebatnya, empunya John Joseph Travolta atau nama layarnya John Travolta ini sering dicalonkan  bagi kategori aktor terbaik pada Anugerah Akedemi. Sekitar 1980-an, Travolta terus jadi aktor kesayangan ramai lebih-lebih lagi rata-rata filem yang ditayangkan mengangkatnya sebagai teraju utama.

Antara filem tersebut termasuklah Urban Cowboy, Blow Out, Staying Alive dan The Experts. Dalam pada itu, dia turut diangkat sebagai aktor terbaik kerana watak komedinya menerusi filem Get Shorty.

Impak Face Off

Dalam pada itu, aktor yang cukup terkenal mampu melakonkan pelbagai genre drama dan filem ini cukup bertuah apabila diberikan ruang muncul sebagai teraju utama dalam filem Face Off.

Memainkan peranan sebagai Agen Khas FBI, Sean Archer, lakonan mantapnya terus menjadi bualan sehingga ke hari ini. Malah, tidak melampau jika dikatakan filem tersebut antara filem yang berjaya menonjolkan sisi hebat pelakon Wild Hogs ini sebagai pelakon.

Akui Travolta, dia masih tidak dapat melupakan detik manis itu. "Mungkin Saturday Night Fever dan Grease telah membuatkan saya dikenali ramai, tetapi Face Off pula menyebabkan saya menjadi sebutan sehingga kini," katanya bergandingan bersama Nicolas Cage dalam filem itu.

Pada masa sama, rentetan kejayaannya sebagai Archer, dia turut dicalonkan dalam pelbagai anugerah MTV Movie Award, Blockbuster Entertainment Award, MTV Movie Award dan Saturn Award.

Puji Robert De Niro

Setiap tahun ada sahaja buah tangan terbaru dari bintang filem Swordfish ini, terbaru, dia bakal muncul menerusi filem Killing Season. Menariknya, dalam filem ini Travolta telah diberi kepercayaan menjadi Emil Kovac iaitu seorang bekas askar Serbia.

Berkongsi mengenai filem ini, kata Travolta, ia merupakan satu perjalanan yang hebat.

"Saya berkesempatan berlakon bersama Robert De Niro dan ini satu perkara yang amat membanggakan. Bagi saya, walaupun kami sama-sama pelakon, tetapi dia mempunyai keistimewaan sendiri," katanya.

Sedikit mengenai filem aksi sentuhan Mark Steven Johnson ini, ia berkisarkan Benjamin Ford (Robert De Niro) seorang veteran tentera Amerika yang sembunyi di sebuah kabin untuk lupakan memori pahit semasa berperang di Bosnia.

Pada suatu hari, pelawat Emil Kovac (John Travolta), seorang pelancong Eropah, mengetuk pintunya di pergunungan Appalachian dan mereka berdua menjadi kawan. Apabila mendapat tahu bahawa Kovac ialah bekas tentera Serbia yang mahu membalas dendam, satu pertarungan telah bermula.

sumber:sinar harian
0 Komentar untuk "Masih mantap, John Travolta terus beraksi"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info