ShareThis to the world!

Norman Tumpang Kasih Anak Saudara


Norman Tumpang Kasih Anak Saudara
ABANG long kumpulan KRU, Norman Abdul Halim dan isterinya, Shireen hanya mampu menumpang kasih dari anak-anak buahnya kerana sehingga kini mereka belum dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata.
Norman turut menyatakan dia tidak pernah berasa sunyi biarpun belum bergelar bapa kerana anak-anak Edry dan adik bongsunya, Halina sentiasa ada menceriakan kehidupannya sekeluarga.
“Walaupun sudah besar, mereka masih manja dengan saya.  Memanglah apabila melihat keletah anak-anak saudara, perasaan untuk memiliki anak turut membuak-buak.  Tetapi belum rezeki kami nampaknya.
Mungkin satu hari nanti saya dan isteri akan timbangkan untuk mengambil anak angkat bagi menyerikan lagi rumah tangga kami,” katanya yang dipetik menerusi Berita Harian.
Mengenai lebaran kali ini, Norman sekeluarga akan menyambutnya di Kuala Lumpur sahaja kerana sejak kematian neneknya, mereka dan saudara mara lebih banyak berkumpul di ibu kota untuk meraikan Aidilfitri seperti kebiasaannya.

sumber:mynewshub.my
0 Komentar untuk "Norman Tumpang Kasih Anak Saudara"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info