ShareThis to the world!

Promosi Malindo Air Dengan Harga RM50

malindoMalindo Air menawarkan 50,000 tiket pada harga promosi RM50 bagi semua penerbangan domestik sempena rancangan pengembangan rangkaian domestik serta sambutan lima bulan operasi syarikat.
Tempahan boleh dibuat dari 11 Ogos hingga 17 Ogos bagi penerbangan sepanjang tempoh 20 Ogos 2013 hingga 31 Mei 2014.
“Harga tambang promosi itu termasuk cukai lapangan terbang dan yuran pentadbiran.
“Penerbangan dan tambang tertakluk kepada sumber tiket yang ada dan hanya untuk penerbangan sehala,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan, semalam.
Sementara itu, Ketua Eksekutif, Chandran Rama Muthy, berkata mulai 12 September ini, Malindo Air akan menambah kekerapan penerbangan harian ke Pulau Pinang dan Langkawi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Beliau berkata, ia adalah tambahan kepada penerbangan harian dari Subang ke Langkawi dan Pulau Pinang.
“Industri pelancongan menjana pendapatan lumayan daripada tukaran wang asing selain menawarkan peluang pekerjaan, adalah pemangkin bagi pertumbuhan dan merangsang pelaburan ke negara ini.
Maklumat lanjut boleh didapati di www.malindoair.com.
0 Komentar untuk "Promosi Malindo Air Dengan Harga RM50"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info