ShareThis to the world!

Gempar! Foto NAJIB Jatuh Tergolek kerana Rosmah


1. Mungkin ramai yang tidak setuju jika saya mengatakan DS Najib akan jatuh kerana DS Rosmah. Ini kerana ramai menjangkakan hayat Najib mungkin seusia hayat BN yang diramalkan oleh sesetengah pihak pada pilihanraya akan datang.
 
2. Pandangan saya kali ini adalah berdasarkan pandangan peribadi. Biar saya bermain dengan firasat sahaja kerana jika anda berada di Kundasang dengan pemandangan yang indah dan diiringi tiupan angin bayu, membuatkan fikiran kita mudah memikirkan sesuatu.
3. Untuk mengambil pemerintahan negara, mungkin ia tidak berlaku pada pilihanraya akan datang ini. Perbezaannya masih ketara untuk kerusi Parlimen atau kerusi Dewan Rakyat. Ketika ini BN mempunyai 132 kerusi dan PR mempunyai 82 kerusi (PAS 23 kerusi/ DAP 28 kerusi/ PKR 31). Jumlah pecahan ini sudah berubah apabila berlaku pilihanraya di Terengganu dan Perak.
 
4. Manakala kerusi DUN, BN mempunyai 304 dan PR 195 (mengikut keputusan pilihanraya 2008). Jadi jumlah ini bukan sedikit perbezaannya. Namun ia petanda positif untuk PR meneruskan usaha-usaha yang lebih jitu.
 
5. Bertambah sukar untuk mengambil pemerintahan ini, apabila SPRM juga dilihat menyebelahi BN. Kes di Sabah, bila saya berada di sini barulah saya sedar mustahil untuk PR mengambil alih Sabah apabila ia disokong beratus ribu undi hantu yang kesnya terbiar begitu sahaja.
 
6. Di Perak, sila lihat draf pilihanraya yang lalu di bawah, peluang untuk mengambil alih kembali pemerintahan di negeri ini agak cerah, begitu juga untuk BN kekal pemerintah juga cerah. Yang jelas secara purata yang mengundi lebih kurang 72%. Lebihan 28% ini yang perlu kita cari. Adakah mereka sudah meninggal, tidak mahu mengundi dan sebagainya.
DUN
BAHAGIAN PILIHAN RAYABILANGAN
PEMILIH
BILANGAN
MENGUNDI
PERATUS
PENGUNDIAN
UNDI
DITOLAK
MAJORITIPARTI MENANG
P.54 – GERIK
N.1 – PENGKALAN HULU11,7839,25478.54%3614,645BN
N.2 – TEMENGOR14,44610,91075.52%3714,617BN
P.55 – LENGGONG
N.3 – KENERING12,6099,64676.73%1762,798BN
N.4 – KOTA TAMPAN10,6147,76173.12%1412,335BN
P.56 – LARUT
N.5 – SELAMA13,27910,34677.91%201355BN
N.6 – KUBU GAJAH10,9858,34976.00%17466BN
N.7 – BATU KURAU15,43311,90277.12%2952,439BN
P.57 – PARIT BUNTAR
N.8 – TITI SERONG24,21019,20279.31%2761,149PAS
N.9 – KUALA KURAU21,00916,36077.87%378467PKR
P.58 – BAGAN SERAI
N.10 – ALOR PONGSU15,14411,48175.81%39195BN
N.11 – GUNONG SEMANGGOL15,76312,44078.92%2852,070PAS
N.12 – SELINSING16,20412,31475.99%301547PAS
P.59 – BUKIT GANTANG
N.13 – KUALA SAPETANG19,69914,49673.59%460564PKR
N.14 – CHANGKAT JERING24,86418,11472.85%3341,102PKR
N.15 – TRONG10,9087,69070.50%173916BN
P.60 – TAIPING
N.16 – KAMUNTING21,67516,17974.64%358555BN
N.17 – POKOK ASSAM20,71114,53870.19%228865DAP
N.18 – AULONG23,50316,40669.80%3712,808DAP
P.61 – PADANG RENGAS
N.19 – CHENDEROH11,8488,90575.16%1881,039BN
N.20 – LUBOK MERBAU12,5499,44475.26%15072PAS
P.62 – SUNGAI SIPUT
N.21 – LINTANG21,76715,14369.57%3871,376BN
N.22 – JALONG25,65718,00870.19%3835,495DAP
P.63 – TAMBUN
N.23 – MANJOI39,64029,81475.21%473348BN
N.24 – HULU KINTA29,32622,12275.43%6295,232BN
P.64 – IPOH TIMOR
N.25 – CANNING31,99022,85471.44%3035,666DAP
N.26 – TEBING TINGGI18,07412,11267.01%1752,515DAP
N.27 – PASIR PINJI26,58319,04771.65%2506,339DAP
P.65 – IPOH BARAT
N.28 – BERCHAM26,58719,96675.10%2496,010DAP
N.29 – KEPAYANG21,25615,07270.91%304490DAP
N.30 – BUNTONG21,93015,56670.98%2585,315DAP
P.66 – BATU GAJAH
N.31 – JELAPANG26,15719,40974.20%4026,707DAP
N.32 – MENGLEMBU27,05320,33075.15%2436,523DAP
N.33 – TRONOH24,10316,44668.23%3402,571DAP
P.67 – KUALA KANGSAR
N.34 – BUKIT CHANDAN14,21110,51874.01%1781,694BN
N.35 – MANONG14,11410,25672.67%160749BN
P.68 – BERUAS
N.36 – PENGKALAN BAHARU15,26211,10872.78%33414BN
N.37 – PANTAI REMIS28,01119,71270.37%3545,076DAP
P.69 – PARIT
N.38 – BELANJA14,47011,15477.08%2062,310BN
N.39 – BOTA14,38911,33878.80%2572,068BN
P.70 – KAMPAR
N.40 – MALIM NAWAR23,27614,64762.93%3641,362DAP
N.41 – KERANJI19,85712,73864.15%2124,435DAP
N.42 – TUALANG SEKAH16,65111,57869.53%3611,569BN
P.71 – GOPENG
N.43 – SUNGAI RAPAT28,83021,04072.98%406636BN
N.44 – SIMPANG PULAI26,15918,88772.20%2893,386PKR
N.45 – TEJA19,35513,25868.50%367175PKR
P.72 – TAPAH
N.46 – CHENDERIANG18,00412,05566.96%5443,392BN
N.47 – AYER KUNING20,23214,48171.57%4773,252BN
P.73 – PASIR SALAK
N.48 – SUNGAI MANIK20,99015,49273.81%3561,374BN
N.49 – KAMPONG GAJAH21,72216,62476.53%4011,416BN
P.74 – LUMUT
N.50 – SITIAWAN23,63216,64570.43%3638,529DAP
N.51 – PASIR PANJANG26,55720,18876.02%4094,474PAS
N.52 – PANGKOR22,57419,09784.60%1,3405,785BN
P.75 – BAGAN DATOK
N.53 – RUNGKUP13,9129,85870.86%314454BN
N.54 – HUTAN MELINTANG20,75814,55670.12%6361,721PKR
P.76 – TELOK INTAN
N.55 – PASIR BEDAMAR28,74519,77768.80%3387,914DAP
N.56 – CHANGKAT JONG23,60916,96271.85%410899PAS
P.77 – TANJONG MALIM
N.57 – SUNGKAI17,29011,71967.78%4851,454DAP
N.58 – SLIM17,63913,32175.52%3353,526BN
N.59 – BEHRANG18,55213,06770.43%5121,027PKR
JUMLAH KESELURUHAN1,196,160871,70220,416
PURATA KESELURUHAN72.88%2.34%
PARLIMEN
BAHAGIAN PILIHAN RAYABILANGAN
PEMILIH
BILANGAN
MENGUNDI
PERATUS
PENGUNDIAN
UNDI
DITOLAK
MAJORITIPARTI MENANG
P.54 – GERIK
26,22920,49378.13%6495,573BN
P.55 – LENGGONG
23,22317,43675.08%3114,919BN
P.56 – LARUT
39,69730,58977.06%6871,911BN
P.57 – PARIT BUNTAR
45,21935,59278.71%6187,551PAS
P.58 – BAGAN SERAI
47,11136,23776.92%1,1863,413PKR
P.59 – BUKIT GANTANG
55,47140,30172.65%8511,566PAS
P.60 – TAIPING
65,88947,12371.52%1,61211,298DAP
P.61 – PADANG RENGAS
24,39718,35075.21%3621,749BN
P.62 – SUNGAI SIPUT
47,42433,15469.91%1,0011,821PKR
P.63 – TAMBUN
68,96651,84475.17%9275,386BN
P.64 – IPOH TIMOR
76,64753,99470.45%70721,942DAP
P.65 – IPOH BARAT
69,77350,64172.58%82915,534DAP
P.66 – BATU GAJAH
77,31356,27072.78%91124,627DAP
P.67 – KUALA KANGSAR
28,32520,77373.34%3731,458BN
P.68 – BERUAS
43,27330,82171.22%8891,828DAP
P.69 – PARIT
28,85922,59878.30%6282,873BN
P.70 – KAMPAR
59,78438,95365.16%1,0482,697BN
P.71 – GOPENG
74,34453,30371.70%1,2797,368PKR
P.72 – TAPAH
38,23626,81170.12%1,6623,020BN
P.73 – PASIR SALAK
42,71232,11975.20%9502,688BN
P.74 – LUMUT
72,76355,93076.87%1,884298BN
P.75 – BAGAN DATOK
34,67024,41470.42%8142,692BN
P.76 – TELOK INTAN
52,35436,73970.17%1,1531,470DAP
P.77 – TANJONG MALIM
53,48138,10771.25%1,3445,422BN
JUMLAH KESELURUHAN1,196,160872,59222,675
PURATA KESELURUHAN72.95%2.60%
7. Setiap DUN, PR mesti membuat kertas kerja mengenai ke manakah lebih pengundi ini. Senaraikan nama-nama mereka yang mendaftar mengundi. Cuba kesan jika boleh, jika mereka tidak mengundi rayulah mereka untuk berbuat demikian. Jika sudah meninggal, kita laporkan agar kajian kita akan lebih terperinci. Ini soal tanggungjawab dan masa depan.
 
8. Berbalik cerita Najib, sudah banyak cerita mengenai Rosmah yang kita dengar. Kes lupa dirinya yang dipaparkan di Youtube, pemboros dan sebagainya telah kita baca dan dengar. Bila ibu mertua saya mengetahui mengenainya, dia bertanya, Rosmah tidak pernah pergi kursus protokol ke? Waktu zamannya dulu sewaktu menjadi isteri Menteri, mereka terpaksa menghadiri kursus protokol sebagai isteri Menteri selama dua minggu.
 
9. Katanya, pernah di satu majlis di Parlimen, Tun Abdul Razak menegur seorang isteri menteri yang memakai gelang emas yang banyak dan rantai leher yang besar. Kesan dari teguran Tun Abdul Razak, tidak berani lagi isteri menteri memakai aksesori yang bermewahan terutama jika membabitkan program bersama Perdana Menteri ketika itu.
 
10. Jika dahulu sewaktu di bawah kepimpinan Pak Lah, kita bimbangkan Khairy seolah -olah dia bergelar Perdana Menteri. Bila Najib mengambil alih, Rosmah dilihat seolah-olah mengambil alih tugas sebagai Perdana Menteri.
 
11. Sewaktu kehadirannya di Sabah, saya dapat melihat sendiri ‘pak-pak menteri’ terpaksa fokus kepada Rosmah yang sibuk bercerita (Gambar-gambar seperti di atas). Ini tidak berlaku di zaman Mahathir atau Pak Lah. Di gambar tersebut, Najib lebih memerhatikan apa yang diceritakan oleh Rosmah.
 
12. Berdasarkan kepimpinan, Najib dilihat jauh lebih hebat daripada Pak Lah. Najib tidak seperti Pak Lah ‘bodoh sombong’. Pak Lah tidak tahu menguruskan negara tetapi tidak mahu mendengar pandangan PR. Najib walaupun dituduh mencuri idea PR, dia akur kepada kemahuan atau agenda PR demi untuk kebaikkan rakyat.
 
13. Arwah bapanya dulu dilihat hebat kerana mempunyai wawasan yang baik dan begitu mementingkan rakyat. Najib cuba meniru apa yang dilakukan oleh bapanya tetapi sayang dia dihambat dengan masalah peribadi. Arwah Tun Razak dulu pernah berkata kepada mertua saya, “Datuk, pastikan projek-projek ini diberikan kepada syarikat kecil. Tolong selagi boleh peniaga bumiputra yang baru bermula. Jangan berikan kepada VIP, tauke-tauke besar mahupun kerabat raja.”
*Gambaran Orang Sabah
13. Di Sabah pula, ramai yang berkata, Rosmah adalah Perdana Menteri Malaysia yang sebenarnya. Alasan mereka hampir setiap hari wajah Rosmah akan terpampang di dada akhbar daripada Pak Menteri yang lain. Ini tidak berlaku kepada ‘First Lady’ di Amerika atau negara dunia yang lain.
 
14. Di belakang kejayaan lelaki, juga berdiri seorang wanita. Tetapi jika wanita tidak tahu untuk menjaga air muka atau menjaga kejayaan suami…mungkin karier suami akan berakhir.
 
15. Khabarnya dari cakap-cakap teman di Kuala Lumpur, TS Muhyiddin dan DS Zahid Hamidi sudah memasang angan-angan untuk mengambil alih kerusi panas tersebut. Mengikut teori mereka, mungkin Muhyiddin dan Zahid Hamidi akan membiarkan selepas pilihanraya akan datang. Jika keputusannya sama atau lebih teruk, pasti Muhyiddin dan Zahid akan bersuara meminta Najib mengundurkan diri.
 
16. Jadi saya tidak hairan, semakin lama semakin banyak karenah Rosmah dibongkarkan, ahli UMNO sendiri akan menyuruh Najib mengundurkan diri. Mungkin ada ahli UMNO ketika itu akan berkata, jika isteri sendiri susah di kawal, bagaimana Najib mahu mengawal negara. Jadi kita doakan juga agar Rosmah berubah. Jika tidak Najib akan jatuh kerana Rosmah.
 
17. Ingatlah! Kuasa yang dimiliki oleh wanita boleh menentukan kejayaan atau kemusnahan hidup seorang lelaki. Lihat sahaja punca kejatuhan beberapa lelaki terhebat di dunia yang jatuh kerana pujukan seorang wanita. Napoleon Bonarparte keranaJosophineSamson kerana DelilaAthony keranaCleopatra dan Hitler kerana Matahari.
 
18. Adalah lebih baik Rosmah menjadi seperti Siti Khadijah, Siti Rahmah (isteri Nabi Ayub), Siti Sarah dan Siti Hajar(isteri Nabi Ibrahim). Jadi seperti Siti Nurhaliza (isteri Datuk Seri K)yang diminati oleh masyarakat Malaysia pun dan kira ok….:)


0 Komentar untuk "Gempar! Foto NAJIB Jatuh Tergolek kerana Rosmah"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info