ShareThis to the world!

Nabila Huda Berubah Imej Jadi Saloma

SALOMA1
Pelakon Nabila Huda sememangnya dikenali di antara salah seorang aktres Malaysia yang paling berbakat.
Berilah apa sahaja watak kepadanya, pasti mampu dilaksanakannya dengan sebaik mungkin.
Anak kepada rockers Amy Search ini juga tidak pernah lekang dengan tawaran drama dan sentiasa sibuk dengan kerjanya seperti mana yang dimuat naik menerusi laman Instagramnya.
101 IDEA BUAT DUIT DARI RUMAH! CEPAT BACA PERCUMA DISINI !
Terbaru, Nabila atau Abil akan menterjemahkan watak Biduanita Negara, Puan Sri Saloma dalam drama biopik yang mengangkat nama isteri Tan Sri P. Ramlee itu sendiri.
Nashkah itu akan diarahkan oleh anak saudara kepada Saloma iaitu Melissa Saila.
Sementara itu, Sazzy Falak telah diberi kepercayaan untuk menjayakan watak kakak Saloma iaitu Mariani Ismail yang merupakan ibu kepada Melissa.
Penggambaran drama ini juga dikatakan dibuat di Pulau Pinang dan semua pelakon telah diubah imej mereka seperti di zaman 1950-an.
Di bawah ini merupakan sebahagian foto-foto menarik yang sempat dikongsikan Abil menerusi Instagramnya – Mynewshub.my


0 Komentar untuk "Nabila Huda Berubah Imej Jadi Saloma"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info