ShareThis to the world!

Fazura Sindir Siapa Tu Di Twitter?


Semalam, kita dikejutkan dengan cerita khalwat pelakon dan pengacara jelita, Noor Neelofa Mohd Noor dengan seorang ahli korporat.
Namun, Neelofa dan pengurusnya sudah menafikan dakwaan tersebut, malah pelakon itu meminta semua pihak menghentikan cerita yang tidak berasas itu.
Apa yang menariknya, selepas berita itu tersebar meluas di dada-dada akhbar, seorang lagi pelakon jelita yang kini sedang bercuti di Los Angeles iaitu Fazura sempat memuat naik status yang seakan-akan memerli seseorang di laman Twitternya, awal pagi tadi.
Fazura menulis, “rasanya sudah sampai masa orang di luar sana mengetahui perkara sebenar tentang kamu dan juga suami M seperti mana yang kami tahu. ALLAH maha besar. shameonyou”.
FAZURAAA
Adakah tweet itu ditujukan buat Neelofa dan seorang tokoh perniagaan yang merupakan suami kepada seorang selebriti popular itu?
Entahlah, hanya Fazura yang mengetahui kepada siapa pesanan itu ditujukan.
Seperti yang peminat sedia maklum, hubungan di antara Fazura dan Neelofa memang tidak berapa baik sejak dari dahulu lagi ketika Fazura sedang hangat bercinta dengan seorang kerabat diraja dari selatan tanah air.
Oleh: AUDREY LEE
0 Komentar untuk "Fazura Sindir Siapa Tu Di Twitter?"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info