ShareThis to the world!

Wanita Ini Nekat Buat Pembedahan Kerana Di Ejek Seperti Ikan Jaws


Kadang kala ucapan orang lain lebih menyakitkan berbanding tertusuk pisau. Hinaan kerana bentuk fizikal yang berbeza membuat hati terluka selama bertahun-tahun. Gadis cantik ini sering dihina 'Jaws' atau 'Yu' kerana bentuk rahangnya dianggap aneh oleh orang lain. Pembedahan plastik jadi pilihan untuk menghilangkan ejekan tersebut.

Teman-teman sering mengejek dan tertawa melihat daguku

Nama gadis cantik ini adalah Leanne Woodfull, usianya 20 tahun, tinggal di Dublin. Dipetik dari Dailymail.co.uk, Leanne mengaku bahawa sejak kecil sering mendapat ejekan jahat mengenai bentuk rahangnya yang menonjol. Bentuk rahang itu disebabkan pemakaian kawat gigi ketika usianya 11 tahun. Ejekan demi ejekan diterima Leanne sehingga beliau remaja, rakan-rakannya sering mengatakan mulutnya mirip yu.
"Rahang besar menghancurkan hidup saya, dan saya sangat senang sudah boleh tersenyum dengan percaya diri," ujar Leanne. "Saat menatap cermin, saya senang dan lega kerana gadis 'yu' yang kukenal akhirnya hilang," katanya.

Kata keluargaku, aku cantik, tetapi ejekan orang lain menghancurkanku

Bukan tanpa alasan Leanne melakukan operasi perbaikan bentuk rahang. Bertahun-tahun mendapat ejekan dan ditertawakan rakannya sendiri adalah pekara yang sangat menyakitkan, membuat rasa percaya diri hilang. Leanne bahkan berfikir bahawa wajahnya cacat dan tidak boleh diperbaiki. Dia bahkan tidak mahu memaparkan fotonya di dinding rumah. Kadang Leanne menutupi dagunya dengan selendang.

Keluarga Leanne sering mengatakan bahawa dirinya cantik, apapun bentuk fizikalnya, apapun yang dikatakan orang lain. Namun tetap saja, ejekan dari rakan-rakannya sangat menyakitkan, apalagi didengar hampir setiap hari. Rasa tertekan itu akhirnya membuat Leanne berani melakukan pembedahan agar rahangnya kelihatan normal.

"Pada mulanya saya bimbang, kerana setelah melakukan pembedahan, muka saya kelihatan (bengkak dan lebam), tetapi aku bersedia melakukannya demi mendapatkan wajah normal," ujar Leanne. "Apabila pembalut dibuka untuk pertama kalinya, saya sangat emosional melihat wajah saya," katanya dengan wajah bahagia.

Selepas pulih, Leanne menjadi gadis yang percaya diri. Dia senang diambil gambar dan memakai pakaian bergaya. Leanne lebih selesa dengan keadaan ini kerana tidak ada lagi yang mengejek atau menertawainya.

"Rakan saya mengatakan, saya kelihatan cantik. Saya benar-benar merasa cantik untuk pertama kalinya dalam hidup saya," ujar Leanne.













http://dairishare.blogspot.com/
0 Komentar untuk "Wanita Ini Nekat Buat Pembedahan Kerana Di Ejek Seperti Ikan Jaws"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info