ShareThis to the world!

Ajal selepas rebah di kelas

Chukai: Seorang guru Tadika Jabatan Kemajuan Masyarakat KEMAS Kampung Meraga Beris, Kijal, dekat sini, hanya sempat berada dalam kelas selama satu jam 30 minit pada hari pertama persekolahan, semalam, sebelum dia rebah dan meninggal dunia dipercayai akibat sakit jantung di Klinik Kesihatan Kijal.
Terdahulu, mangsa, Nor Aima Sulong, 43, bersama rakan sekerjanya, Che Wan Ajariah Che Wan Arifin, 30, dan seorang pembantu, Che Wan Afidah Abdullah, 44, mula masuk ke tadika berkenaan pada jam 7.15 pagi bagi memulakan sesi persekolahan 2014.
Che Wan Ajariah berkata, dia kemudian melihat mangsa sedang tunduk dan memujuk seorang pelajar yang sedang menangis ketika perhimpunan dalam kelas sambil mengesat air mata pelajar terbabit pada jam 8.45 pagi sebelum mangsa tiba-tiba rebah.

“Saya yang berada tidak jauh dari mangsa menghampirinya serta bertanya kenapa dia rebah dan dia memberitahu mengalami kekejangan otot kaki serta tidak dapat bangun,” katanya ketika ditemui di tadika berkenaan, semalam.
Foto
SUAMI Nor Aima, Kamarudin (kanan) reda dengan pemergiannya.

Menurutnya, bimbang berlaku kejadian tidak diingini, dia terus menelefon suami mangsa, Kamarudin Salim, 41, yang tinggal di kampung sama kira-kira jam 9 pagi sebelum suaminya bergegas membawa mangsa ke Klinik Kesihatan Kijal.



sumber:hmetro.com
0 Komentar untuk "Ajal selepas rebah di kelas"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info