ShareThis to the world!

Apa Kejadahnya PIJAK, BAKAR Poster Bendera Jepun Demi Anwar Ibrahim???



INILAH jadinya bila dah terlalu mengagungkan pemimpin mereka, Anwar Ibrahim.

Pagi tadi Pemuda PKR (AMK) menghantar memorandum bantahan ke kedutaan Jepun di Kuala Lumpur berhubung sekatan yang dikenakan ke atas Anwar yang ingin memasuki negara itu pada 19 Januari lalu.

Penghantaran memorandum ke kedutaan Jepun itu melibatkan 30 orang peserta bantahan sambil memegang poster yang bertulis “boikot barangan Jepun”.

Mereka kemudiannya bertindak memijak poster, yang mirip bendera Jepun tersebut, dan membakarnya di hadapan kedutaan itu.

Persoalannya, mengapa perlu sampai jadi seteruk itu hingga nak pijak poster bendera Jepun bagai.


Dosa Jepun pada Anwar cuma satu – menghalangnya masuk ke negera mereka.

Tetapi tahukah beribu kebaikan yang negara Jepun dah buat kepada rakyat negara ini terutama sekali penyokong Anwar yang mengagungkannya selama ini?

Andai kata syarikat-syarikat Jepun mengambil keputusan menutup kilang-kilang mereka di Malaysia, adakah Anwar akan menggunakan segala hartanya untuk membayar gaji para penyokongnya yang diberhentikan kerja?

Penyokong Anwar di kedutaan tadi juga mendesak agar barangan negara matahari terbit itu diboikot – apa kata mereka lakukan terlebih dahulu, buang segala peti sejuk, televisyen, penghawa dingin dan segala barangan buatan Jepun di rumah mereka untuk membuktikan ‘keikhlasan’ pemboikotan tersebut?

Ada ribuan pelajar kita yang sedang menuntut di institusi pengajian tinggi di Jepun, andai kata negara itu memutuskan hubugan diplomatik, berapa ramai yang terpaksa pulang dengan tangan kosong, berapa banyak duit yang mengalir begitu saja tanpa sekeping sijil atau kemahiran pun yang boleh dibawa pulang?

Kes rakyat Malaysia tidak dibenarkan masuk ke negara asing bukan isu baru, selama ini pun banyak rakyat Malaysia yang diperlakukan demikian namun tak banyak yang boleh dilakukan kerana itu adalah hak mutlak negara tersebut.

Kalau Anwar betul-betul ‘gentle’, pergilah saman Tokyo seperti mana seorang pensyarah UPM yang menyaman kerajaan Amerika Syarikat disebabkan alasan yang sama.



sumber:siakapkeli.com
0 Komentar untuk "Apa Kejadahnya PIJAK, BAKAR Poster Bendera Jepun Demi Anwar Ibrahim???"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info