ShareThis to the world!

Bercerai tanpa hakim?

  • Bercerai tanpa hakim?Gambar hiasan
 1 / 1 
PARIS – PERANCIS.  Negara ini sedang menimbangkan rancangan bagi membenarkan proses perceraian dengan persetujuan bersama tanpa melibatkan kuasa hakim.

Menteri Hal Ehwal Sosial Perancis, Dominique Bertinotti memberitahu kepada BFM-TV bahawa rancangan tersebut sedang dalam pertimbangan untuk diluluskan dan sambil berkata, 'permudahkan adalah sesuatu yang baik', semalam.

Sementara itu, Menteri Keadilan Perancis meminta laporan itu dibentangkan pada pertengahan Januari.

Berdasarkan laporan tersebut, seorang kerani mahkamah  sudah boleh meluluskan perceraian apabila kedua-dua pasangan bersetuju.

Menurut laporan akhbar Le Figaro, perjanjian perceraian bagi kedua-dua pasangan ini hanya memerlukan kira-kira 8 minit dihadapan hakim.

Akhbar itu berkata, sebanyak 54 peratus daripada perceraian di Peracis adalah tanpa persetujuan.

"Seorang kerani mahkamah yang terlatih dalam undang-undang dan boleh mengendalikan kes-kes, dibenarkan oleh hakim untuk kes perceraian.

"Salah seorang dalam pasangan yang meminta cerai, adakah kita akan membuatkan ianya lebih rumit", kata Bertinotti.

Sementara itu, pihak pembangkang menyifatkan cadangan tersebut akan  melemahkan lagi institusi perkahwinan dan membuatkan perjanjian ini sukar untuk dikuatkuasakan.

"Melakukan tanpa kuasa hakim merupakan risiko melemahkan perjanjian perkahwinan dan menguatkan sentimen - umum tentang mudahnya bercerai,” kata Elodie Mulon, seorang pakar dalam undang-undang keluarga, memberitahu Le Figaro.

Dalam pada itu, jurucakap kerajaan, Najat Vallaud-Belkacemberkata, cadangan itu adalah antara 200 cadangan dalam laporan itu.

"Pada peringkat ini, kami sedang mencari topik terbuka yang mempunyai kepentingan bersama dan perlu kajian mendalam," katanya.



sumber:sinarharian.com
0 Komentar untuk "Bercerai tanpa hakim?"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info