ShareThis to the world!

Datang Naik Honda, Toyota… Lepas Tu Suruh Boikot Barangan Jepun… Hipokrit Ke Bodoh?



Secara jujur… penulis tidak faham apa yang berlaku di Kedutaan Jepun hari ini.

Tang datang serah memorandum tu oklah… tapi yang tak masuk akal tu… poster yang dipegang dengan jelas meminta boikot barangan Jepun… namun, sebahagian besar termasuk ketua yang datang, Shamsul Iskandar sendiri menggunakan sama ada kereta Honda atau Toyota.

Tak masuk lagi la jam tangan Casio atau jenama pakaian dan kasut yang dipakai.

Apa semua ni?

Kalau tulis kat poster … mohon maaf pada Anwar Ibrahim… Tindakan Jepun tidak betul… oklah.

Ni dengan penuh macho filem Tamil box office dan bangganya turun CRV.. turun Camry… lepas tu menjerit suruh boikot barangan Jepun.

Sebenarnya apa yang berlaku hari ini adalah cerminan kepada sikap hipokrit yang tidak ada titik tolaknya.

Inilah politik… selalu yang dipermainkan adalah sentimen yang mampu membakar perasaan rakyat, tanpa berpijak di bumi nyata.

Demi Anwar Ibrahim, habis barangan Jepun pula hendak dipulaukan, lupakah berapa banyak bantuan dan pelaburan Jepun selama puluhan tahun di negara ini yang membantu jutaan rakyat kita.

Dalam kes ini, Shamsul yang cuba mengampu Anwar dengan menghantar memo bantahan ke kedutaan atas kegagalan bosnya memasuki Jepun beberapa hari lalu, sepatutnya berasa malu kerana tindakannya itu lebih banyak menzahirkan kebodohan dan sikap yang boleh ditafsir sebagai hipokrit sebenarnya.

Kalau datang naik kereta kebangsaan atau kereta Korea lepas tu cakap boikot barangan Jepun… boleh la kita telan sekejap benda camtu.

Ini tidak.. turun Crv, Camry bagai… lagi mau cerita “Deyyy… mari kita boikot itu Jepun barang”.

Banyaklah kau punya boikot semata-mata pasal bos kau tak dapat nak pijak kaki ke Jepun… lepas tu balik naik CRV siap ada driver…





sumber:siakapkeli.com
0 Komentar untuk "Datang Naik Honda, Toyota… Lepas Tu Suruh Boikot Barangan Jepun… Hipokrit Ke Bodoh?"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info