ShareThis to the world!

Dialog Bahayanya Wanita Lucah, ‘Double Meaning’?



Semalam merupakah hari terakhir berlangsungnya teater Bahayanya Wanita yang dipentaskan Lambang Sari, Istana Budaya.

Bahayanya Wanita ternyata mendapat sambutan hangat daripada peminat kerana gandingan mantap pelakon-pelakon hebat, antaranya, Erra Fazira, Umie Aida, Nora Danish dan Zizan Razak.

Namun, menerusi sebuah blog, terdapat laporan mengatakan Pengarah Istana Budaya, Datuk Juhari terkejut dengan beberapa dialog yang dilontarkan agak lucah dan ‘double meaning’.

Dilaporkan juga, banyak perkataan yang boleh dikatakan berunsur lucah yang membawa maksud tersirat dalam dialog teater itu terutamanya watak Mat Don Al-Attas yang dijayakan oleh Zizan Razak.

Perkataan dan pengerakkan badan watak tersebut dikatakan sangat tidak bersesuaian lebih-lebih lagi apabila terdapat penonton daripada kalangan kanak-kanak yang dibawa oleh ibu bapa mereka.

Harapnya selepas ini pihak Istana Budaya akan lebih berhati-hati dalam hal sebegini supaya perkara tersebut tidak lagi berulang di masa akan datang.

Oleh:  AUDREY LEE
0 Komentar untuk "Dialog Bahayanya Wanita Lucah, ‘Double Meaning’?"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info