ShareThis to the world!

GAMBAR: Adik Nur Damia Cekalkan Hati Masuk Darjah 1 Biarpun Kudung Tangan Dan Kaki



Kuala Berang – Biarpun terpaksa menulis menggunakan hanya dua jari kaki sambil berbaring di atas lantai beralaskan tikar, semangat kanak-kanak orang kelainan upaya (OKU), Nur Damia Irsalina Daeng Malis, untuk menimba ilmu setanding rakan sebayanya yang normal tidak luntur.

Semangat tinggi Nur Damia Irsalina, 7, yang memasuki Tahun Satu di Sekolah Kebangsaan Kuala Telemong (SKKT) di sini, dikesan ibu bapanya apabila dia mencuba-cuba pakaian sekolahnya dan berlatih menulis di rumah sebelum sesi persekolahan.

Nur Damia dari Kampung Lubuk Batu di sini, kudung dua tangan dan dua kaki. Hanya kaki kanan mempunyai tiga jari yang membolehkan kanak-kanak itu menulis dan melakukan aktiviti seharian.

Ketika ini, Nur Damia bergerak menggunakan kerusi roda elektronik dan dia dihantar ke sekolah oleh bapanya, Dr Daing Malis Abd Kahar, 43, dan ibu, Rosnaini Mohamad, 35, yang tidak pernah berputus asa memberi semangat dan sokongan kepadanya.

“Saya seronok masuk ke sekolah hari ini (semalam). Saya mahu belajar bersungguh-sungguh,” katanya yang menjadikan pakar motivasi terkenal dari Australia, Nick Vujicic, yang senasib dengannya sebagai idola.

“Sebagai ibu saya sangat gembira melihat semangat di rinya. Dia tidak pernah menjadikan kecacatan diri sebagai penghalang untuk menjalani kehidupan seperti kanak-kanak normal lain,” katanya.

Rosnaini yang kini sibuk mencari pembantu untuk menjaga anaknya di sekolah berkata, buat masa ini beliau berhenti kerja selama enam bulan, bagi memastikan anaknya itu dapat menjalani sesi pembelajaran dengan sempurna.

“Buat masa ini Nur Damia Irsalina menggunakan kerusi roda elektronik bagi memudahkan pergerakannya di sekolah. Pada hari pertama sekolah, saya lihat guru dan rakan sekelasnya banyak membantu,” katanya.- Beria Harian









sumber: siakapkeli.com
0 Komentar untuk "GAMBAR: Adik Nur Damia Cekalkan Hati Masuk Darjah 1 Biarpun Kudung Tangan Dan Kaki"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info