ShareThis to the world!

Lemas di dasar kolam

MELAKA: Seorang kanak-kanak lelaki tiga tahun lemas selepas terjatuh ke dalam kolam tadahan air sedalam kira-kira tiga meter di Kampung Balai Panjang, Malim, di sini, hari ini.
Kejadian ketika Khairul Nazril Haziq Khairul Nazremy dikatakan sedang bermain bersama abangnya, Khairul Nazri Hakimi, 5, di sekitar kolam yang terletak bersebelahan rumah datuk mereka.
Pegawai Bomba Kanan 2, Mokhtar Othman dari Balai Bomba dan Penyelamat, Jalan 
Kubu, berkata mereka menerima panggilan pada 2.44 petang dan tiba di tempat 
kejadian kira-kira 10 minit kemudian.

"Bomba memulakan operasi menyelamat pada 3 petang dan menemui mayat mangsa kira-kira 10 minit selepas itu," katanya ketika dihubungi di sini, hari
ini. 

Dalam kejadian itu, abangnya turut terjatuh dan lemas namun berjaya diselamatkan bapa saudaranya. 

Sementara itu, ibu kanak-kanak itu, Suraiziah Mulub, 31, berkata ketika 
kejadian dia dan suaminya tiada di rumah kerana menjemput dua lagi anak 
mereka pulang dari sekolah. 

"Ketika kejadian, saya dan suami sedang mengambil dua orang lagi anak kami 
yang bersekolah di Malim dan menerima panggilan daripada keluarga suami 
saya menyatakan Haziq lemas," katanya yang tinggal di Pokok Mangga. 

Beliau berkata, suaminya juga cuba berusaha turun ke kolam tersebut sebelum 
meminta bantuan bomba untuk mencari Haziq, namun gagal kerana kolam itu terlalu 
dalam. 

"Kami tumpangkan dua beradik itu bersama datuk dan nenek untuk menjaga 
mereka sementara kami menguruskan hal persekolah dua lagi anak kami," katanya. - Bernama
0 Komentar untuk "Lemas di dasar kolam"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info