ShareThis to the world!

VIDEO : Selambanya Dia ‘Enter Frame’ Masa Lintas Langsung…



BIASANYA setiap kali sambutan perayaan yang besar di Malaysia, para wartawan akan mengadakan siaran langsung di lokasi sambutan seperti masjid, tokong atau kuil untuk menceritakan kehangatan sambutan yang berlangsung.

Sempena sambutan perayaan Thaipusam contohnya, biasanya siaran langsung akan diadakan di kuil Batu Caves menceritakan tentang kedatangan penganut Hindu ke sana dalam melaksanakan upacara keagamaan mereka.

Di laman Facebook Oh!Media, dimuatnaik satu video satu lintas langsung dilakukan oleh seorang wartawan televisyen dari Batu Caves.

Sedang wanita itu bersiaran langsung, tiba-tiba datang seorang lelaki meninjau proses berkenaan dan terus berdiri di sebelah wartawan berkenaan tanpa rasa bersalah.

Selang beberapa patah perkataan, wartawan itu juga melihat kepada lelaki itu kehairanan. Bagaimanapun tidak diketahui, pada tahun bila kejadian ini dirakamkan sama ada sambutan Thaipusam tahun ini atau sebelum ini.

Melihatkan kepada wajah wanita itu, kemungkinan ketika itu beliau sedang berlatih sebelum hari sebenar

Masihkah anda ingat video seorang wartawan di India yang melempang seorang remaja yang berdiri di hadapannya ketika bersiaran langsung.



Di Malaysia, tidaklah sampai ke tahap itu cuma, tindakan lelaki itu memang menjengkelkan. Lebih-lebih lagi apabila ia dilakukan secara selamba.

Hari ini, rakyat beragama Hindu di Malaysia menyambut Thaipusam dan ribuan mereka akan datang ke kuil Batu Caves untuk menjalankan upacara keagamaan seperti membayar nazar dan juga memohon ampun dari Dewa Murugan atau Dewa Subramaniam.

Bagi penganut wanita, mereka akan membawa susu segar di atas kepala mereka, manakala penganut lelaki akan membawa kabbadi di atas badan mereka.  – IBNU K

0 Komentar untuk "VIDEO : Selambanya Dia ‘Enter Frame’ Masa Lintas Langsung…"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info