ShareThis to the world!

Keputusan FAM sudah dijangka

  • FAMFAM
 1 / 1 
KUALA TERENGGANU - Terengganu menyifatkan keputusan Persatuan Bola SepakMalaysia (FAM) memberi kemenangan 3-0 kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) ke atas T-Team dalam saingan Piala FA sudah dijangka dari awal lagi.

Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid berkata beliau telah menjangkakan keputusan itu, sekali gus menutup peluang pasukan berstatus kelab dari negeri itu ke peringkat suku akhir Piala FA.

"Keputusan yang diumumkan FAM itu memang sudah dijangka dari awal lagi dan jangkaan itu memang tepat," katanya ketika dihubungi hari ini.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut berhubung keputusan tersebut.

Mesyuarat Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM di Wisma FAM Kelana Jaya diPetaling Jaya, hari ini, membuat keputusan memberi kemenangan perlawanan pusingan kedua itu kepada JDT selepas T-Team didapati bersalah tidak menghabiskan baki perlawanan pada separuh masa kedua.

Pada perlawanan di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin Johor, Sabtu lepas, T-Team, yang ketinggalan 2-1, enggan meneruskan perlawanan babak kedua atas faktor keselamatan.

T-Team mendakwa penyerang importnya dari Brazil, Evaldo Rodrigues dan jurulatih kecergasan Stefano Impagliazzo dikasari oleh pihak pengurusan tertinggi JDT ketika menuju ke bilik persalinan selepas tamat separuh masa pertama. - Bernama
0 Komentar untuk "Keputusan FAM sudah dijangka"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info