ShareThis to the world!

Lagi Kes Remaja Perempuan TOREH Lengan Bukti Sayang Pada Pakwe…



SEBELUM ini kami pernah kongsikan tindakan remaja mengelar lengan sendiri guna pisau sebab mahukan perhatian teman lelaki.

Ini pula, tindakan lebih kurang serupa seorang lagi remaja yang hanyut di alam percintaan.

Walaupun tahu ia satu tindakan bodoh, remaja ini tetap gigih menahan sakit mencacah lengan sendiri kerana baginya tangan itu hak dia.

Amboi, pandai-pandai je dakwa tangan itu milik diri sendiri kan?

Untuk pengetahuan adik tangan itu amanah Tuhan jadi jawablah sendiri bila ditanya di akhirat nanti apa dah dibuat pada amanah itu.

Bawalah banyak-banyak istighfar dan ingat sama ibu bapa yang telah membesar dan melahirkan anda selama ni.

Penat-penat bela sampai dah besar, senang-senang je nak korbankan diri untuk manusia yang baru dikenali setahun dua?

Kasihanlah pada mak ayah anda oi. - REM RAMZI
0 Komentar untuk "Lagi Kes Remaja Perempuan TOREH Lengan Bukti Sayang Pada Pakwe…"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info