ShareThis to the world!

Maksiat di ‘Jalan Suci’

Ipoh: Kehadiran ramai pelanggan lelaki warga asing di sebuah kedai gunting rambut di Jalan Holy di sini, terjawab apabila premis itu didapati menawarkan khidmat tukang gunting wanita seksi yang hanya memakai seluar pendek dan baju dalam.
Kegiatan tidak bermoral itu berjaya dibongkar apabila sepasukan anggota Jabatan Imigresen Perak melakukan serbuan di premis itu yang terletak di Jalan Dato Onn Jaafar, di sini, semalam.
Dalam serbuan jam 12.30 tengah hari, anggota Jabatan Imigresen Perak diketuai Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Perak, Irwan Zahid melakukan pemeriksaan mengejut di tujuh premis yang menjadi lokasi warga asing Myanmar berkumpul di sini.
Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Perak, Wan Mahmud Zuhdi Wan Hassan berkata, operasi tertumpu di empat kedai runcit dan tiga kedai makan popular kalangan warga Myanmar menjamu selera dan membeli pelbagai barangan harian.
Menurutnya, lokasi berkenaan menjadi ‘koloni’ pendatang asing terutama dari Myanmar menjamu selera dan berkumpul terutama pada hari hujung minggu.
“Ketika serbuan dilakukan kebanyakan warga asing terbabit sedang menggunting rambut dan menjamu selera di dalam premis yang disewa khas.
“Hasil serbuan dilakukan, seramai 23 lelaki warga Myanmar, tiga wanita Myanmar, satu wanita Indonesia dan seorang lelaki Bangladesh berjaya diberkas.
“Semua mereka berusia antara 16 dan54 tahun didapati tidak mempunyai sebarang dokumen sah memasuki negara ini,” katanya.
Beliau berkata, ada antara lelaki ditahan mendakwa sebagai pelarian dengan menunjukkan surat khas Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Orang Pelarian (UNHCR).
“Bagaimanapun pihak imigresen akan menyiasat ketulenan surat itu bagi memastikan sama ada individu yang diberkas itu benar-benar pelarian atau sebaliknya.

“Ada juga lelaki warga asing ditahan memberi alasan sudah membeli tiket untuk pulang ke Myanmar namun gagal menunjukkan bukti dokumen dan pasport,” katanya.
Menurutnya, semua 28 warga asing yang diberkas itu kini ditahan di Ibu Pejabat Imigresen Perak untuk tujuan siasatan sebelum dihantar ke Pusat Tahanan Imigresen Langkap.
“Mereka akan disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.
Foto
SEBAHAGIAN warga Myanmar yang ditahan anggota imigresen Perak.

Operasi seumpama ini akan dijalankan setiap hari bagi membersihkan negeri ini dari warga asing,” 



sumber:hmetro
0 Komentar untuk "Maksiat di ‘Jalan Suci’"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info