Video: Iklan CNY Arahan Douglas Lim, Penuh Makna
Tanpa disedari, rupanya hanya sudah 3 hari lalu masyarakat Cina telah menyambut perayaan Tahun Baru Cina (CNY).
Namun, daripada semua iklan CNY yang kami lihat, ada satu iklan yang betul-betul menarik minat iaitu iklan syarikat kenderaan antarabangsa yang menampilkan Douglas Lim sebagai pelakon dan pengarah.
Menariknya tentang iklan ini, Douglas menampilkan tiga iklan yang berbeza dengan konsep yang sama. Pastinya pembaca setia OHBULAN! masih tercari-cari video apakan yang menjadi pilihan kali ini.
Video: Iklan CNY Arahan Douglas Lim, Penuh Makna
Antara babak lucu Douglas Lim
Berlainan dengan iklan CNY yang lain, Douglas dilihat lebih santai dan melucukan serta konsep lakonannya lebih segar.
Dalam video ini, Douglas tampil sebagai seorang pengarah yang cerewet dan mengarahkan model iklan tersebut membuat reaksi berbeza ketika penggambaran dilakukan.
Video: Iklan CNY Arahan Douglas Lim, Penuh Makna
Salah seorang pelakon iklan tersebut
Lebih lucu apabila Douglas mengarahkan semua pelakon dalam setiap video itu untuk menghasilkan reaksi muka yang penuh dengan emosi seperti sedih, marah dan cemburu.
Apa yang OHBULAN! boleh rumuskan, iklan ini adalah antara iklan terbaik dan paling menggeletek hati sempena perayaan CNY tahun ini.
Bagi yang jarang menonton televisyen dan masih tidak berkesempatan menonton iklan dimaksudkan, apa kata anda luangkan sedikit masa dengan menontonnya di bawah. Kami pasti anda akan tertarik melihat gelagat Douglas Lim. Semoga terhibur!