[7 Gambar] Akui Ujian Allah, Anak Linda Rafar Menghidapi Penyakit Misteri | Linda Rafar akur dengan ketentuan dan ujian Allah S.W.T yang hingga kini masih tidak mengetahui penyakit sebenar anak keduanya iaitu Rezaiman Keiflin yang kini terlantar di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Cheras sejak tiga minggu lalu.
Menurut laporan mStar Online pada Isnin lalu, Linda dan keluarga masih menunggu laporan daripada pihak hospital selepas melakukan pelbagai ujian bagi mengetahui punca sebenar keadaan Rezaiman, yang berusia 12 tahun.
"Saya sebagai ibu sendiri tertanya-tanya apakah punca sebenar keadaannya? Setakat ini saya tidak boleh berkongsi maklumat mengenai keadaan anak saya kerana doktor sedang membuat pemeriksaan lanjut bagi mencari punca penyakitnya itu.
"Dia kini masih ditahan di hospital dan saya berharap dia akan kembali sihat seperti sedia kala," katanya.
Linda Rafar diminta mengulas mengenai laporan yang mengatakan anaknya itu menghidapi penyakit kronik dan sukar diubati. Rezaiman Keiflin adalah anak hasil perkahwinan pertama Linda dengan Keifli Othman.
Menurut Linda, pada mulanya dia sukar menerima keadaan yang menimpa anaknya itu namun menganggap ia adalah ketentuan Allah dan dia harus tabah mengharungi situasi yang melanda.
Tambah Linda lagi, semangat anak lelakinya melawan penyakit turut menjadi kekuatan kepadanya dan keluarga dan dia berharap agar anaknya cepat sembuh.
"Sukar menerima keadaan yang dialami Rezaiman dan sudah kering air mata mengenangkan anak yang terlantar di hospital namun ini adalah ujian daripada Allah yang harus saya terima dengan redha.
Linda yang kini berhijab mengakui selesa dengan penampilannya itu.
"Ujian ini memberi kekuatan kepada saya dan keluarga namun bersyukur Rezaiman sendiri kuat menghadapi dugaan tersebut," katanya.
Tambah Linda, biarpun masih ditahan di hospital namun Rezaiman tetap mengulang kaji pelajarannya di kelas khas yang disediakan PPUKM memandangkan tahun ini dia bakal menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).
Sementara itu, Linda yang kini sudah berhijab melahirkan rasa syukur diberi kesempatan untuk melakukan perubahan ke arah kebaikkan dalam hidupnya dan selesa dengan penampilannya itu.
Jelas Linda perubahan itu sudah lama dilakukan cuma tidak dihebahkan secara umum kerana enggan niatnya disalah erti oleh sesetengah pihak.
sumber
http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2014/03/31/linda-rafar/
http://instagram.com/lindarafar
ShareThis to the world!
Related Post
Amaran Jimmy Shanley Untuk Bekas Mertuanya Bekas mertua Jimmy Shanley, Datin Muniroh Kasim meluahkan rasa tidak puas hati dengan tindakan pengacara itu mengai…
PEMINAT TIDAK MAHU RITA RUDAINI KOMEN ISU SKANDAL ZAQUAN? Kecoh industri hiburan semalam apabila tersebar beberapa keping gambar screenshot pemain bola kebangsaan Zaquan …
Hot! Senarai Artis Paling Ramai Pengikut Di Instagram PETALING JAYA: Pelakon Nora Danish meraih populariti luar biasa di laman sosial Instagram kerana menjadi artis …
(Video) Aksi Paneh Pelakon Jelita Jepun Dengan Teman Lelaki Tersebar Siaran TV di Jepun memang selalu lakukan kejutan yang mengarut-ngarut dalam rancangannya. Kalau dilihatkan ikl…
Wanita Melampau Terkangkang Dalam LRT Pelayar web Stomp, Ashy terperasan seorang wanita yang sedang duduk dalam LRT dalam keadaan yang agak kurang so…
0 Komentar untuk "[7 Gambar] Akui Ujian Allah, Anak Linda Rafar Menghidapi Penyakit Misteri"