ShareThis to the world!

Dikritik bertubi-tubi, Ustaz "Sang Pemimpi MH370" tutup akaun Facebook


Mungkin kerana dihentam ramai pihak, Ustaz Darul Manzil menutup akaun Facebooknya dua hari lalu. Sebelum itu, beliau sempat memuatnaik status meluahkan perasaannya mengenai kritikan yang diterima.

Beliau menafikan mimpinya itu sebagai satu promosi atau publisiti murahan untuk Pusat Rawatan Darul Manzil yang diasaskan olehnya.

Beliau juga menempelak orang ramai yang menghentamnya melalui mesej di akaun Facebooknya.

"... bertubi-tubi mesej yang masuk.. sampai 'hank' FB saya bila nak dibuka" tulis Ustaz Darul Manzil.



Dua artikel mimpi yang dikeluarkan melalui Facebook beliau telah menjadi viral, ramai yang mempercayai namun ramai juga menganggapnya sebagai satu lagi rekaan karut.

Dalam mimpi pertama, Ustaz menceritakan bagaimana pesawat MH370 terhempas di Lautan manakala dalam mimpi kedua cerita lebih kepada "playback" dimana Ustaz bertemu penumpang dan kru pesawat MH370 di sebuah pulau.

Mungkin kerana mimpi yang diceritakan beliau terlampau detail sehinggakan sukar diterima akal. Walaubagaimanpun, semuanya terpulang kepada anda yang membacanya sama ada untuk mempercayainya atau tidak. sumber
0 Komentar untuk "Dikritik bertubi-tubi, Ustaz "Sang Pemimpi MH370" tutup akaun Facebook"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info