ShareThis to the world!

Pasangan Dituduh Pukul Anak di Sweden Dipenjara 14 Dan 10 Bulan


Mahkamah di Sweden mendapati pasangan Malaysia yang dituduh kerana 
memukul anak mereka dengan kayu dan penyangkut baju sebagai bersalah
 serta dipenjara atas kerana `keganasan berulang'.

Hukuman ke atas pasangan berkenaan yang ditahan reman sejak Disember
 lalu dibacakan di mahkamah daerah di Solna, Stockholm. 

Ibu kepada kanak-kanak berkenaan, Shalwati Nurshal, dihukum penjara 14
bulan manakala 10 bulan buat bapa mereka, Azizul Raheem Awalludin. 

“Walaupun keganasan ke atas kanak-kanak berkenaan didapati tidak mudarat, kesalahan yang disabitkan oleh 
mahkamah mengikut tahap serius perbuatan mereka, termasuk perlakuan
 berulang,” kata Hakim Mattias Möller.

Mahkamah mendapati Shalwati melakukan perbuatan yang melanggar integriti
anak perempuan dan anak lelaki selain serangan terhadap dua anak lelaki lain.

Azizul turut dihukum kerana melanggar keganasan yang melanggar integriti 
anak lelaki dan serangan terhadap anak perempuan dan anak lelaki keduanya. 

Bagaimanapun, Azizul terlepas daripada sabitan ke atas anak lelaki 
bongsunya.
Kedua-dua pasangan itu juga diarah untuk membayar ganti rugi ke atas kese-
mua anak mereka. 

Mahkamah turut mendedahkan perbuatan pasangan berkenaan menggunakan 
tangan. Selain itu, rotan dan penyangkut baju turut digunakan. 

Kenyataan yang dikeluarkan mahkamah daerah Solna turut menyatakan
 bahawa pasangan itu menetap di Sweden sejak 2010. 

Mahkamah itu menjelaskan bahawa hukuman berkenaan hanya untuk 
perlakuan jenayah yang dilakukan di Sweden. Kesemua empat anak pasangan berkenaan mengemukakan bukti dan mengakui secara lisan berlakunya 
keganasan berulang. 
The Local Sweden
0 Komentar untuk "Pasangan Dituduh Pukul Anak di Sweden Dipenjara 14 Dan 10 Bulan"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info