ShareThis to the world!

Dah mengandung luar nikah, bapanya pula tak tahu siapa...


PENYANYI kontroversi Miley Cyrus didakwa sudah hamil. Namun keadaan
menjadi lebih teruk apabila penyanyilagu Wrecking Ball itu tidak tahu siapakah
bapa kepada bayi yang dikandungnya itu.

Menurut laporan majalah Life Style edisi April 2014, salah satu sumber yang
rapat dengan Miley berkata penyanyi itu hamil tanpa dirancang akibat
kehidupannya yang semakin liar.

Sumber itu menambah, hampir setiap malam Miley bersama dengan lelaki yang 
berlainan dan tanpa disedari dia pula hamil.

Tidak lama selepas berita itu dikeluarkan, jurucakap Miley menafikan dakwaan
tersebut dan mengatakan ia hanyalah berita yang direka-reka.

"Tidak ada yang benar dalam laporan (Life Style) itu," katanya ringkas.

0 Komentar untuk "Dah mengandung luar nikah, bapanya pula tak tahu siapa..."

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info