ShareThis to the world!

(Gosip) Ada Pihak Nak Jatuhkan Saya – Nur Fathia

Cantik gambar ni, macam bukan Nur Fathia pun yea jugak, tak? Oh, ada kisah pasal khabar angin yang bertiup baru-baru nie katanya Nur Fathia gagal hadirkan diri ke sesi penggambaran dan melibatkan penganjur rugi duit & masa, betul ke?
Kisahnya terjadi bila ura-ura mengatakan ada yang dah menjaja masalah yang berlaku kat sesi tu kat surat khabar tapi mengikut Nur Fathia, berkara tu tak berlaku dan masalah dahpun selesai sewaktu hari kejadian lagi.
“Saya betul-betul tak faham kenapa macam-macam benda timbul yang memburukkan nama saya satu persatu. Seolah-olah macam ada satu sabotaj untuk menjatuhkan saya.
Bukannya saya tak datang langsung cuma lambat sedikit. Sebenarnya saya mengalami lelah teruk pada hari fotografi itu dan mereka sudah dimaklumkan.
Apabila tiba di lokasi, mereka batalkan sesi itu kerana sudah lambat tapi mereka cakap semuanya okey sebab mereka faham kelewatan itu ada sebab kukuh.
Tapi saya tak sangka pula ada yang menjaja cerita dan burukkan saya ke luar selepas itu,”
Kalau ikutkan gambar atas tu MiG Online terima bulat-bulat apa yang Nur Fathia cakap… Hehe.. Tapi apapun bergantung kepada individu untuk menilai dan yang penting seeloknya perkara nie tak tersebar pun sebab hal boleh bawak bincang, kan? Silap-silap nanti takut semua pihak yang terlibat yang dapat malu~












sumber: http://metrowealthpictures.net/
0 Komentar untuk "(Gosip) Ada Pihak Nak Jatuhkan Saya – Nur Fathia"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info