Respon Raja Azmi isu tidak masuk neraka jika tidak bertudung - Pada Ahad lalu,
penerbit terkenal juga pengarah filem Dalam Botol, Raja Azmi, 55, telah menge-luarkan satu kenyataan sensitif yang berbunyi berikut :-
“Kalau betul tak pakai tudung satu dosa yang amat besar sampai orang kata
“Kalau betul tak pakai tudung satu dosa yang amat besar sampai orang kata
kalau orang perempuan tak tutup rambut akan masuk neraka, Kak Mi tak
boleh terima semua itu.”
Kenyataan itu menyebabkan beliau dikecam teruk orang ramai di laman sosial
sehingga dilabel sebagai perempuan jahil, kurang waras dan cetek ilmu agama.
Di sebalik tomahan dan kritikan yang dilemparkan kepadanya, Raja Azmi yang
dihubungi wartawan Kosmo memberitahu beliau tetap dengan pendiriannya dan
menegakkan kenyataan yang dikeluarkannya tidak bersifat semborono.
Dia dengan tegas juga memberitahu lebih menitikberatkan soal solat lima
waktu, berbanding memakai tudung atau menutup aurat. Katanya, dia mem-
punyai alasan dan prinsip sendiri untuk tidak memakai tudung walaupun
dikecam hebat oleh orang ramai.
"Tidak, saya sedikit pun tidak terkesan dengan kecaman orang ramai. Mungkin
mereka salah faham dengan kenyataan tersebut. Saya ingin membetulkan diri
saya dahulu tapi mungkin ia memakan sedikit masa."
Ditanya tentang reaksi suaminya berhubung keputusannya enggan mahu bertu-
dung buat masa ini, wanita berusia 55 tahun itu memberitahu suaminya seorang
yang memahami dan tidak mudah marah.
"Tidak, suami saya tidak pernah memarahi saya jika saya tidak bertudung. Dia
merupakan seorang yang memahami diri saya."-sumber
0 Komentar untuk "Respon Raja Azmi isu tidak masuk neraka jika tidak bertudung"