Fesyen gaun paras paha yang dikenakan oleh Chacha Maembong ketika hadir ke Majlis Pelancaran H! Live semalam tidak begitu disukai peminat kerana memperlihatkan bentuk badannya yang agak gemuk dan berisi.
Menurut portal obulan, Chacha Maembong sepatutnya memilih busana lengan panjang berwarna sedikit gelap dengan perincian feminin jika mahu kelihatan paling menyerlah dan anggun pada pandangan peminat dan pemerhati luar.
Dress pendek paras peha bercorak tribal yang dipakai Chacha penuh dengan warna dan ianya tampak lebih sarat bila pelakon itu memadankannya dengan sepasang kasut dan clutch berlainan rona.
Tambahan pula, baju berkenaan tidak dapat menyembunyikan susuk tubuh Chacha yang kelihatan agak berisi dari sebelum ini.
Mungkin jika Chacha memilih busana lengan panjang berwarna sedikit gelap dengan perincian feminin, pastinya Chacha mampu menyerlah dan nampak lebih anggun. Apa pula pendapat korang? – sumber
sumber:syokbah.com
0 Komentar untuk "Chacha Maembong dikutuk gemuk kerana pakai fesyen gaun paras paha"