Setahun kelibatnya jarang dilihat di kaca televisyen. Mungkin ramai menyangka kehilangan Enot di kaca televisyen dek kerana kekurangan tawaran berlakon. Mungkin ya, mungkin juga dia terlalu sibuk dengan tempahan cookies yang sedang rancak diusahakan.
Bukan itu sahaja, Enot rupanya sedang menderita penyakit kanser usus tahap ke-2. Beritahu Enot, dia sama sekali tidak akan menjalankan rawatan chemotherapy mahupun pembedahan. Baginya, selagi mampu diikhtiar secara tradisional, dia akan tetap mencuba.
“Saya menghidap kanser usus Stage 2. Dah hampir setahun. Saya tidak akan buat kimoterapi kerana majoriti family saya meninggal kerana chemo. Saya cuma gunakan rawatan kampung”
“Hanya ada satu saja penawar untuk kanser iaitu semangat. Bila patah semangat, rosak semuanya,” jelas Enot.
Namun Enot bersyukur kesihatan nya beransur baik. Malah sudah mampu melihat beberapa perubahan yang berlaku pada dirinya. Dia turut mengamalkan produk yang disyor kawan baiknya, Didie Alias.
Selepas satu persatu masalah timbul, jelas Enot dua anak hasil perkongsian hidup bersama suami pertama yang menjadi pemangkin dan pembakar semangat untuk terus bertahan hingga ke saat ini. Malah anak-anak tidak membiarkan Enot bersendirian di rumah. Terlebih dahulu sebelum ini, Enot sudah banyak kali jatuh pengsan.
Anak-anak sanggup berpindah sekolah demi menjaga ibunya di rumah. Seorang sekolah pagi dan seorang sekolah petang. (rtky/bsr)
0 Komentar untuk "Enot Hidap Kanser Usus Tahap 2, Buat Rawatan Kampung"