Jakarta: Selepas sekian lama dikenali sebagai pelakon yang menjaja tubuh, Julia Perez (Jupe) semalam berkata, dia nekad berhenti berlakon filem seram lucah. Filem lakonan terakhirnya dalam imej begitu, katanya, ialah ‘Main Dukun.’
“Saya nekad mahu berundur daripada membawa watak yang merosakkan imej dan reputasi saya.
“Saya kini insaf, penat dan tidak mahu melakonkan watak yang mempamerkan susuk tubuh saya lagi,” katanya ketika ditemui di Jakarta semalam.
Julia yang kini berpacaran dengan Gaston Castano berkata keputusannya untuk menarik diri daripada membawa watak sedemikian bukan mudah.
“Biarpun berlakon filem seram yang tidak membawa adegan seksi, namun tetap ada orang melihat saya dengan tanggapan negatif,” katanya.
Sementara itu, nampaknya bukan Julia saja yang “insaf” kerana penerbit yang terkenal dengan gelaran Raja Filem Seram, Shanker RS juga meninggalkan genre itu kini.
Kata Shanker, dia bercadang beralih ke genre lain selepas ini.
“Buat masa ini, Main Dukun adalah filem terakhir saya bersama Julia, namun saya tidak mahu memberi kata putus terlalu awal kerana apa saja boleh berlaku pada masa depan,” katanya.
- Agensi
http://www.youtube.com/watch?v=MUpIb_So5zg | |
0 Komentar untuk " Julia Perez insaf tak mau dedah tubuh lagi, Main Dukun filem seram lucah terakhir"