ShareThis to the world!

Kami Bukan Wanita Murahan – Rita Rudaini

Baru-baru ini, Media CBS ada menerima mesej Whatsapp yang mengandungi nama 10 orang selebriti yang berstatus janda/ibu tunggal beserta dengan nombor telefon. Media CBS  hanya gelak sahaja kerana tahu ia adalah gurauan dan nombor telefon itu sudah tentu palsu. Antara nama-nama yang ada di dalam senarai tersebut ialah Rita Rudaini, Erra Fazira, Sarimah Ibrahim, Noniswara, Nabila Huda, Nora Danish dan ramai lagi.
rita rudaini
Walaupun sekadar gurauan, sekiranya diri ini adalah salah seorang selebriti yang disenaraikan, sedikit sebanyak mesti terasa sedih, sakit hati dan marah. Berkata kepada Harian Metro hari ini, Rita Rudaini melahirkan rasa kecewa dan meluahkan isi hatinya mengenai penyebaran mesej Whatsapp tersebut. Kata Rita:-
Sudahlah (segelintir) orang pandang hina pada ibu tunggal dan janda seperti saya. Bila mereka buat begini, lagilah orang anggap janda ini murahan, jijik dan low class. Tak tahu kenapa mentaliti orang kita masih tak berubah terhadap golongan janda dan ibu tunggal. Bila ditambah begini, lagilah buruk kesannya.
Marah memang marah sebab sedikit sebanyak jatuhkan maruah kita walaupun benda itu tak betul. Benda macam ini hanya orang psiko saja buat. Orang normal takkan terfikir buat benda yang mengarut dan tak ada masa buat macam ini. Tapi bila orang psiko macam ini, mungkin dia puas bila tengok orang ketawa dengan mesej macam itu.
Kalau orang yang berfikiran jauh tahu ini tipu, tapi tak semua orang berfikiran panjang. Kalau yang berfikiran tentu akan percaya dengan gurauan sebegini sebab sesetengah orang memang mudah percaya. Contohnya gosip walaupun benda belum tentu betul.
erra
Sementara itu Erra Fazira yang namanya turut tersenarai mendoakan agar individu yang bertanggungjawab mereka mesej itu dibersihkan jiwa dan raganya. Kata Erra:-
Semoga Allah SWT membersihkan jiwa indiviti itu yang punya kelapangan ini. Jika dia seorang lelaki dan jahil mengenai perasaan seorang wanita, dia harus ingat dia mungkin ada kakak, adik atau anak perempuan. Jadi berfikir panjanglah sebelum mengaibkan orang lain. Takut Allah buka aib kita pula nanti. Wallahualam.
Semoga selepas ini tak akan ada lagi penyebaran sebegini yang akan berlaku. Tiada wanita yang mahu bergelar janda atau ibu tunggal. Semuanya mahukan kehidupan yang bahagia di samping suami tercinta. Apa yang terjadi adalah suratan takdir. Janganlah kita memperlekehkan mereka. Semoga selebriti-selebriti janda/ibu tunggal tabah menghadapi dugaaan sebegini.
0 Komentar untuk "Kami Bukan Wanita Murahan – Rita Rudaini"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info