Ahmad yang sudah kembali menyertai UMNO berkata, apa yang berlaku adalah salah faham ketika beliau berada dalam keadaan tertekan berikutan majlis perkawinan anaknya yang akan diadakan diadakan di rumahnya pada Sabtu ini.
"Ini membabitkan masalah anak saya dan maruah saya. Ada salah faham mengenai majlis perkahwinan anak saya. Perdana Menteri menyangkakan majlis perkahwinan anak saya selesai pada 10 Mei,” katanya pada sidang media di rumahnya di Kampung Teluk Kalong, Kijal di sini, petang tadi.

Menurutnya, Perdana Menteri mengakui kesilapan itu dan beliau sendiri sudah meminta maaf pada Datuk Seri Najib Razak di atas tindakannya.
Ditanya pandangan masyarakat yang melabel tindakannya keluar UMNO sebagai pengkhianat parti, Ahmad berkata, isu itu tidak timbul kerana jika beliau benar-benar pengkhianat pasti sudah menerima tawaran PAS.
"PAS ada datang untuk menawarkan saya kekal sebagai Menteri Besar sekiranya saya menerima tawaran mereka untuk menubuhkan kerajaan," katanya.
sumber:hmtero
0 Komentar untuk "Kembali selepas 36 jam"