ShareThis to the world!

Suka memancut di dinding



Hiasan


Rata-rata penduduk di kuarters kerajaan di perumahan Penjawat Awam Presint 5 di sini, kesal dengan tindakan kanak-kanak nakal yang menjadikan lantai dan dinding bangunan sebagai ‘tandas’ dengan membuang air kecil sekali gus mengundang bau tidak menyenangkan.

Pengerusi Persatuan Komuniti 5R3 Kamarul Zaman Salleh berkata, masalah itu sudah berlanjutan sejak sekian lama namun pelakunya belum dapat dikenal pasti.

Katanya, masalah berkenaan tidak sepatutnya berlaku di kuarters kerajaan yang mempunyai kemudahan kelas pertama di sini.

“Kita (persatuan) tidak boleh kata pelakunya terdiri daripada kanak-kanak namun kemungkinan besar ia dilakukan oleh mereka.

“Pada mulanya kita ingat masalah ini sudah selesai namun ia timbul semula apabila tukang cuci yang baru bertugas mengadu kepada penduduk setempat yang mereka terpaksa mencuci lantai berkali-kali setiap hari bagi membersihkan kotoran berkenaan,” katanya ketika ditemui di sini.

Kamarul Zaman berkata, dia kecewa dengan sikap kurang prihatin individu yang terbabit kerana sedikit sebanyak ia boleh menjejaskan imej kuarters kerajaan.

Katanya, bagi menangani masalah berkenaan, pihaknya mengadakan kempen kebersihan dan keselamatan menerusi laman sosial Facebook (FB) bagi memberi kesedaran kepada ibu bapa.

“Langkah ini dilakukan bagi bagi menyedarkan ibu bapa mengenai sikap buruk anak-anak dan menasihatkan mereka supaya tidak melakukan perbuatan berkenaan pada masa hadapan.

“Selain itu, kita juga menampal kempen di setiap lif supaya pelakunya sedar perbuatannya boleh mengganggu keselesaan penduduk lain, malah saya sendiri akan berjumpa dengan kanak-kanak bagi memberi nasihat mengenai kes berkenaan,” katanya.


http://www.hmetro.com.my/myMetro/art...cle/index_html
0 Komentar untuk "Suka memancut di dinding"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info