ShareThis to the world!

Zain Saidin: Apa Pun Yang Kami Berdua Buat, Mesti Jadi Kontroversi

“Apa-apa gambar kami tak kisahlah sama ada saya atau isteri saya yang muat naik di laman instagram, tetap akan jadi kontroversi, tetap akan jadi cerita. Jadi saya dah jangka dah yang gambar tu akan diperkatakan ramai, saya dah biasa kalau jadi buat mulut orang. Saya tak kisah”
“Tapi sebenarnya gambar tu tak ada isu pun. Saya saja upload,” itu kata pelakon Zain Saidin ketika ditemui pada sidang media sitkom popular yang berkonsepkan pendidikan, Oh My Englishmusim ketiga di S.M.K Sri Serdang, semalam.
Dua hari lalu pasangan selebriti sensasi itu memuat naik sekeping foto mereka. Apa yang menjadi bualan hangat ramai adalah kerana foto berkenaan memperlihatkan mereka sedang berbaring di atas katil dan Zain seperti dalam keadaan tidak berbaju.
Tambah suami kepada aktres Rozita Che Wan ini lagi, selagi gambar itu tidak menjejaskan kerja juga nama baik keluarganya, dia tidak akan memadamkan gambar berkenaan dari akaun Instagram miliknya.
“Bagi saya, janji gambar yang saya muat naik itu tidak menunjukkan sesuatu yang melampau atau yang tidak sepatutnya dilihat umum. Dan setakat ini, gambar itu tidak menjejaskan kerja juga nama baik keluarga saya. Jadi saya akan biarkan saja gambar itu. Saya tak akan padam”
Belum Buat Persedian Untuk Sambut Kelahiran Anak
Dalam pada itu Zain turut meluahkan rasa berdebar dan teruja kerana bakal bergelar ayah tidak lama lagi. Begitupun dia dan Che Tah belum membuat apa-apa persiapan menyambut cahaya mata mereka memandangkan usia kandungan Che Ta baru berusia tiga bulan.
“Saya tahu Che Tah nak sangat anak perempuan. Bagi saya pula, saya tak mahu berharap sangat. Saya terima apa saja pemberian Allah”
“Buat masa ini kami belum buat apa-apa persiapan. Tapi masa kahwin hari tu, ada kawan yang hadiahkan katil bayi. Tapi kalau kami keluar negara untuk bercuti, kami akan beli beberapa barang bayi sebagai persiapan sedikit demi sedikit,” katanya.
Mengenai perkembangan karier pula, Zain muncul dalam sitkom ‘Oh My English!’ (OME!) musim ketiga mulai 18 Mei ini. Selain, dia bakal menjalani penggambaran sebuah telemovie di New Zealand selama dua minggu. (rtky/fr)
0 Komentar untuk "Zain Saidin: Apa Pun Yang Kami Berdua Buat, Mesti Jadi Kontroversi"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info