Melalui akaun Instagram beliau baru baru ini, Hanez Suraya telah memuat naik sekeping gambar bersama dengan bait bait ayat memohon maaf secara terbuka dari semua atas semua perkara yang pernah terjadi selama ini. Hanez Suraya ingin kosong kosong dengan anda.
Bercakap kepada mStar Online berkenaan keputusan meminta maaf secara terbuka ini, Hanez Suraya berkata yang hatinya tiba tiba terbuka untuk meminta maaf daripada semua selain sedar banyak melakukan kesilapan sebelum ini.
“Kita sebagai manusia tidak pernah lari daripada (melakukan) kesilapan, secara rendah diri Hanez ingin memohon maaf kepada semua atas segala kesilapan Hanez. Hanez sedar banyak kesilapan yang telah dilakukan dalam sedar atau tidak”
Hanez Suraya bagaimana enggan mengulas apabila ditanya sama ada permohonan maaf ini juga ditujukan buat isteri kekasihnya, Liyana Manan.
“Saya tidak mahu komen tentang itu, cuma hari ini (Rabu) saya tergerak hati dan benar-benar ingin meminta maaf kepada semua orang,” tambah Hanez Suraya. (rtky/m)
0 Komentar untuk "Hanez Suraya Terbuka Hati Mohon Maaf Kerana Rasa Bersalah"