Seperti yang umum sedia maklum, program hiburan hlive! baru sahaja mula disiarkan beberapa hari lalu menerusi sebuah saluran televisyen swasta.
Dikendalikan oleh 4 orang pengacara baru berbakat besar, program hlive! juga diterajui oleh Datuk Aznil Haji Nawawi.
Bagaimanapun, sebuah status yang dimuat naik oleh komposer terkemuka tanah air, Ramli M.S, menerusi laman Twitternya semalam telah menimbulkan kontroversi apabila dia dilihat seperti tidak puas hati dengan program tersebut.
Kemaskini status Twitter Ramli M.S
Menerusi temubual bersama salah seorang wartawan hlive!, Ramli M.S menganggap bahawa cerita berkenaan hal peribadinya adalah bukan hak milik umum dan dilihat turut memberi komen berkenaan gosip hubungannya dengan penyanyi, Alyah.
Di akhir temubual, Ramli M.S juga menegaskan bahawa dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan mahkamah jika timbul gosip melampau berkenaan dirinya dan Alyah.
Namun, apakah isu sebenar yang berlaku sehingga membuatkan Ramli M.S berang dan memuat naik status sedemikian rupa di laman Twitter?
Kami pun tertanya-tanya bahagian mana agaknya yang didakwa sebagai ‘pusing cerita’? Apapun, jom tengok video temubual tersebut di bawah.
sumber:ohbulan.com
0 Komentar untuk "Kenapa U Pusing Ayat Saya – Ramli M.S Berang Dengan Program Hlive"