Seorang lelaki berseluar pendek menimbulkan kegemparan dalam kalangan jemaah yang sedang tawaf di Kaabah apabila mengamuk di Hijir Ismail.
Lelaki berbangsa Afrika tersebut naik ke atas platform sebelum bertindak ganas memecahkan lampu menggunakan kerusi seterusnya terjun ke bawah menyebabkan jemaah ketakutan sekitar jam 10 pagi, Ahad lalu.
Melihat keadaan itu pengawal keselamatan Masjidil Haram segera bertindak menahan lelaki yang dipercayai kurang siuman tersebut dan membawanya beredar.
Hijir Ismail adalah satu kawasan lengkungan berbentuk separa bulatan yang terletak di bahagian utara Kaabah.
Video yang dikongsikan oleh Saudi Gazette ini bagaimanapun mendapat komen pelbagai.
Walaupun subjek utama adalah lelaki kurang siuman, rata-rata pelayar tidak setuju dengan wanita yang melakukan rakaman ini kerana dia sanggup mencarut di hadapan tempat semulia Kaabah.
0 Komentar untuk "[VIDEO] GEMPAR!! Lelaki Kulit Hitam Separuh Bogel MERACAU di Depan Kaabah!"