PERTEMUAN dengan pasangan sama cantik sama padan ini di Sri Pentas, Bandar Utama, Khamis lalu, membongkar pelbagai kisah menarik.
Antaranya, berkongsi cerita bagaimana mereka mengemudi rumah tangga dan bergelar ibu bapa di usia yang muda, sekali gus impak fasa kehidupan berkeluarga kepada diri mereka yang kini lebih matang.
Nur Hawa Zainal Abidin, 23, atau lebih dikenali menerusi nama komersialnya Wawa Zainal, memberikan kredit kepada suaminya, Aeril Zafrel atau nama sebenarnya Suhairil Suhari, 26, yang disifatkan sebagai seorang yang sangat penyabar.
“Saya orangnya agak baran sementara, Aeril sangat penyabar. Kadang-kadang penat, benda kecil pun jadi hal. Kalau saya marah-marah, dia biasanya diam saja atau paling tidak pun merajuk.
“Akhirnya saya yang pujuk dia semula bila dibebani rasa serba salah. Namun Aeril mudah sejuk dan tidak pernah memanjangkan hal. Saya berasa bersyukur kerana mempunyai suami yang baik dan tidak banyak kerenah.
“Aeril seorang yang ringan tulang dan sangat membantu. Dia akan ambil alih jaga Attar, kalau saya memasak atau melakukan kerja rumah."
Kredit: www.harianblogger.com
ShareThis to the world!
Related Post
Kekalahan LCW Ada Unsur Sabotaj? GUANGZHOU – Jaguh perseorangan negara, Lee Chong Wei mungkin gagal dalam misi meraih gelaran sulung pada Kejohanan …
Jata Negara Dicuri Lagi Dari Istana Negara Lama KUALA LUMPUR – Jata negara sekali lagi dicuri dari Istana Negara lama. Objek logam yang berukuran 59 sentimeter it…
Norman Tumpang Kasih Anak Saudara ABANG long kumpulan KRU, Norman Abdul Halim dan isterinya, Shireen hanya mampu menumpang kasih dari anak-anak buahn…
PM Norway Menyamar Jadi Pemandu Teksi UNTUK kempen pilihan raya umum yang bakal berlangsung, Perdana Menteri Norway, Jens Stoltenberg mendedahkan beliau meny…
Erra Fazira Ajar Anak Belajar Hidup Berdikari PELAKON dan penyanyi Erra Fazira mula mengajar anaknya iaitu Engku Aleesya Engku Emran yang berusia empat tahun unt…
0 Komentar untuk "Wawa Zainal Cerita Perangai Sebenar Suaminya"