ShareThis to the world!

Kesiannya Menjadi Nora Danish & Nedim Nazri, Pakai Topeng Muka Pun Kena Kritik

memang kesian Nora Danish dan Nedim Nazri. Buat apa-apa pun ada je yang salah di mata para peminat. Entah apa dosa mereka berdua. CBS rasa orang yang asyik cari kesalahan pasangan romantis ini sebenarnya hati busuk. Tak senang hati lihat kebahagiaan yang sedang dikecapi mereka berdua. Sedih sangat bila pakai topeng ketika di Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) pun boleh dijadikan isu.
nora dan nedim
CBS pertama kali tengok gambar di atas pun dah tau kenapa Nora dan Nedim pakai topeng. Ramai gila kot orang kat Jalan TAR tue. Kuman confirm banyak. Udara pun pasti tak bersih sangat. Sekurang-kurangnya dengan memakai topeng, dapatlah dikurangkan sedikit risiko penyakit berjangkit. Tak adalah masa Hari Raya nanti sakit-sakit atau demam-demam.
nora dan nedim
Peliknya ada yang menuduh Nedim dan Nora memakai topeng untuk menyorokkan atau menyembunyikan identiti diri agar tidak diserbu peminat di Jalan TAR. Ish,ish, ish. Macam tak masuk akal tuduhan tersebut. Itu yang panjang lebar Nedim terangkan sebab sebenar dia dan Nora memakai topeng. Semuanya adalah kerana faktor kesihatan.
nora dan nedim
Rasaya Nora dan Nedim ini dah sampai tahap ada ‘haters’ yang akan membenci, mengkritik dan memandang negatif apa sahaja perkara yang mereka lakukan. Tak kiralah benda baik ke, benda jahat ke, semua akan dikutuk. Diharap Nora dan Nedim bersabar. Anggap je ini dugaan menjadi orang popular. Jangan dilayan sangat orang-orang sebegini.
0 Komentar untuk "Kesiannya Menjadi Nora Danish & Nedim Nazri, Pakai Topeng Muka Pun Kena Kritik"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info