ShareThis to the world!

Maya Karin Cerita Insiden Memalukan Ketika Raya. Haa, Apa Tu?

Maya Karin Cerita Insiden Memalukan Ketika Raya. Haa, Apa Tu?
Setelah sebulan umat Islam di seluruh dunia berpuasa, akhirnya tiba juga Syawal yang dinantikan.Hurm..Setiap orang pasti mempunyai kenangan yang tak dapat dilupakan semasa menyambut hari raya Aidilfitri bukan?
Tak kiralah sama ada ia merupakan kenangan manis ataupun pahit, sudah pasti ia akan tersemat dalam sanubari anda buat selamanya.
Begitu juga dengan si cantik jelita Maya Karin yang tidak lokek untuk berkongsi cerita mengenai insiden memalukan yang berlaku kepadanya semasa hari raya pertama. Memalukan macam mana ya?
Maya Karin Cerita Insiden Memalukan Ketika Raya. Haa, Apa Tu?Terkenang zaman kanak-kanak ya Maya?
“Saya akan selalu ingat semasa mak jahitkan baju kurung saya yang pertama masa saya umur 7 tahun. Tapi saya sangat nakal dan ‘tomboy’ masa tu.
Tak sampai satu jam, baju dah koyak dan berlubang besar. Jadi, sepanjang raya pertama, saya kena juga beraya dengan baju yang dah koyak.”
La.. nakal rupanya Maya waktu kecil-kecil dulu ya. Nasib baik bila dah besar jadi wanita sejati. Macamana pula dengan anda semua? Ada insiden memalukan juga ke masa raya? Kalau ada, bolehlah kongsikan di sini!.
Kredit foto: Instagram Maya Karin
0 Komentar untuk "Maya Karin Cerita Insiden Memalukan Ketika Raya. Haa, Apa Tu?"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info