Walaupun namanya kini hangat dikaitkan kontroversi dengan bapanya, namun perkara itu tidak menghalang pelakon Nabila Huda daripada menyumbangkan tenaga menyertai Misi Kemanusiaan Prihatin Kemboja anjuran sebuah badan bukan kerajaan (NGO), Al-I’tisam Relief Program (ARP) bersempena bulan Ramadan ini.
Difahamkan misi kemanusiaan ini dijalankan selama lima hari empat malam, dengan melibatkan aktiviti berkunjung ke beberapa buah kampung di Kemboja antaranya Kampung Ambel dan Phom Soi.
Peserta program tersebut menyampaikan sumbangan waqaf Al-Quran dan kelengkapan solat untuk diberikan kepada penduduk di Kampung Phom Soi.
Semoga dengan menyertai program kemanusiaan seperti ini akan dapat memberikan lebih ketenangan buat Nabila dan diharapkan agar hubungannya dengan Amy Search akan kembali baik seperti biasa selepas ini. – MYNEWSHUB.MY
Sumber: Forum Cari
0 Komentar untuk "Nabila Huda Sertai Misi Kemanusiaan Di Kemboja"