ShareThis to the world!

Padah ambil jalan dekat

Beijing: Seorang lelaki berusia 30 tahun di Wuhan tersangkut pada pagar besi seperti daging kebab apabila tertusuk ketika cuba memanjat pagar berkenaan.
Mangsa dikenali sebagai Wu itu bagaimanapun terselamat tetapi mengalami kecederaan parah.
Difahamkan, Wu melalui sebuah lorong kecil untuk pulang ke rumahnya namun mendapati pintu pagar di hujung jalan itu terkunci.

Dia dan beberapa rakannya kemudian memutuskan untuk memanjat pagar tetapi malangnya lengan serta bahu kiri Wu tersangkut serta tertusuk pada pagar itu ketika cuba melompat.
Foto
WU ketika di hospital.

Wu pengsan akibat kecederaan itu dan rakannya segera menghubungi pasukan kecemasan.

Anggota bomba terpaksa menggunakan alat pemotong untuk menurunkan Wu sebelum alat pemotong hidraulik pula digunakan untuk memotong pasak pada pagar besi itu.

Akhirnya, bomba menggunakan gergaji bulat untuk membuang besi yang menusuk bahu Wu. 

Keseluruhan proses mengambil masa lima minit sebelum mangsa dikejarkan ke hospital.

Wu bernasib baik kerana tulang dan organ dalamannya tidak rosak dan kini beransur pulih. - Agensi

Related Post

  • Tiang lampu masuk perut Seremban : Seorang lelaki warga Nigeria menderita kesakitan apabila tiang lampu jalan tertusuk di perutnya selepas kere…
  • ‘Tawaran mengarut’ Kuala Lumpur: “Bukan saja gadis Syria, malah nak berkahwin dengan gadis Mesir sekalipun bukan mudah kerana kosnya tingg…
  • Pengantin baharu dibakar suami Polis menyiasat tempat kejadian di rumah keluarga suami seorang wanita yang dibakar, semalam. < 1 /&nbs…
  • Yusof Haslam tembak 3 kali Kuala Lumpur: “Saya pasti tidak teragak-agak menembak kumpulan perompak itu sekiranya kami bertembung,” kata penerbit d…
  • ‘Biar dia dihukum’ Melaka: “Biarlah dia menerima hukuman berat sebagai pengajaran kepadanya. Oleh itu, saya bersyukur dia ditahan dan mahu…
0 Komentar untuk "Padah ambil jalan dekat"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info