ShareThis to the world!

Tiga bersaudara mati, bayi hilang

Tawau: Tiga bersaudara maut manakala seorang bayi lelaki berusia 19 bulan masih hilang sementara seorang wanita terselamat apabila kenderaan dinaiki mereka terbabas lalu terjunam ke dalam sungai sebelum dihanyutkan arus deras di Sungai Kakano di Kilometer 131 Jalan Sepulut-Kalabakan, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, mangsa yang maut dikenali sebagai Riduan Abdul, 36, Fatmawati Mustafa, 38, dan Najar Sabtula, 47, manakala Mohd Ryan Firdaus, 19 bulan, masih gagal ditemui dipercayai tercampak keluar dari kenderaan. 
Sementara ibu bayi yang juga penumpang, Megawati Mustafa, 30, terselamat apabila berjaya keluar menyelamatkan diri sebelum kenderaan terbabit tenggelam ke dasar sungai. 

Difahamkan, semua mereka yang menaiki kereta jenis Proton Wira dalam perjalanan dari bandar ini menuju ke arah Keningau, namun setibanya di tempat kejadian, pemandu kenderaan terbabit hilang kawalan sebaik ketika melalui jambatan.
Foto
KENDERAAN yang terbabas lalu terjunam ke dalam sungai sebelum dihanyutkan arus deras di Sungai Kakano.

Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Awang Besar Dullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan bomba masih berusaha mengesan bayi berkenaan yang dipercayai dihanyutkan arus sungai.

“Siasatan awal mendapati lima bersaudara ini dikatakan dalam perjalanan ke Batu 38 Jalan Kalabakan untuk menghantar salah seorang rakan mereka selepas berhari raya. 







sumber:mymtero.com
0 Komentar untuk "Tiga bersaudara mati, bayi hilang"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info