ShareThis to the world!

Anak bekas vokalis Wings antara 12 peserta AF2014


0
KUALA LUMPUR: Anak bekas vokalis Wings yang juga penyanyi, Ikhwal Hafiz Ismail, 22, antara 12 peserta Akademi Fantasia 2014 (AF2014) yang bakal memulakan konsert pertama pada 9 September ini.

Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad berkata, pengalaman sebagai penyanyi profesional dan mempunyai pengikut di laman sosial hanya bonus buat anak Mel itu tetapi hakikatnya ia lebih memberi tekanan.
"Apa pun latar belakang setiap peserta, masing - masing perlu tonjolkan bakat dan kebolehan kerana penonton mengundi bersandarkan persembahan malam itu," katanya di majlis memperkenalkan peserta dan tenaga pengajar AF2014, di sini hari ini.

Mengekalkan format seperti musim awal pertandingan nyanyian realiti itu, tenaga pengajar kali ini ialah Siti Hajar Ismail, Fatimah Abu Bakar, Linda Jasmine selain Marlia Musa dan Acis.

Pelawak, pelakon dan penyanyi, Zizan Razak dipertanggungjawabkan sebagai hos manakala Jihan Muse sebagai pengacara diari AF2014.
0 Komentar untuk "Anak bekas vokalis Wings antara 12 peserta AF2014"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info