ShareThis to the world!

ANWAR MULA DEDAH ANIFAH AMAN MAHU LOMPAT PARTI


Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa Menteri Luar Negara Datuk Seri Anifah Aman bersedia menyertainya untuk menukar kerajaan BN pada 2008 jika beliau (Anwar) mempunyai jumlah sokongan cukup.

Memberi keterangan dalam samannya terhadap Anifah, Anwar memberitahu mahkamah bahawa Anifah tidak berpuas hati dengan perdana menteri ketika itu Tun Abdullah Ahmad Badawi kerana tidak menjadikannya menteri penuh.

“Beliau (Anifah) tidak berpuas hati dan kecewa. Anifah hanya ditawarkan kedudukan timbalan menteri pengangkutan, tetapi beliau menolak lantikan itu. Katanya, jika saya ada jumlah cukup, beliau berminat menyertainya,” kata Anwar (kiri).

“Sebab itu beliau datang kepada kami kerana beliau fikir boleh pergi lebih jauh. Ramai anggota parlimen BN tidak puas hati dengan PM masa itu. Itu ketika 16 September (2008), rancangan itu mula menjadi. Mereka datang beramai-ramai untuk menyelamatkan kedudukan masing-masing.”

Anwar memberi keterangan dalam samannya terhadap Anifah kerana mendakwa Anwar menawarkannya kedudukan timbalan perdana menteri jika menyertainya dalam sidang media di Washington pada 2008 bersama Setiausaha Negara Amerika Syarikat Hilary Clinton.

Anwar menjelaskan beliau tidak membuat tawaran itu dan tidak mempertimbangkannya untuk kedudukan timbalan perdana menteri.

Anwar berkara, Anifah berhubung dengannya melalui seorang rakan dikenali sebagai Tony Voon ketika beliau di Hong Kong dan beliau tidak membuat tawaran itu melalui panggilan telefon.







sumber:;pilihananda.com
0 Komentar untuk "ANWAR MULA DEDAH ANIFAH AMAN MAHU LOMPAT PARTI"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info