ShareThis to the world!

David Farnell Terlibat Kes Seksual Kanak-Kanak

Australia – Kes bayi kembar yang ditinggalkan kepada ibu tumpang di Thailand kini telah membongkarkan banyak perkara. Antara bapa kandung bayi berkenaan, David Farnell, pernah disabitkan dengan 22 tuduhan seks ke atas kanak-kanak.
Farnell, kini berusia 56 tahun, pernah dipenjarakan selama tiga tahun pada 1997 kerana mencabul dua budak perempuan berusia di bawah 13 tahun.
Antara mangsanya adalah seorang budak perempuan yang hanya berusia tujuh tahun.
Kejadian itu dilakukannya ketika Farnell berusia 20-an. Kanak-kanak berkenaan hanya membuat aduan kepada polis selepas mereka dewasa selepas mengalami tekanan perasaan serta sukar menjalinkan hubungan akibat perbuatan Farnell.
Farnell menjadi tumpuan selepas dia bersama isterinya, seorang warga China mengupah seorang wanita Thialand, Pattarmon Chanbua untuk menjadi ibu tumpang dan melahirkan bayi mereka.
Namun selepas salah seorang bayi kembar yang dilahirkan didapati menghidap sindrom Down, Farnell dan isterinya hanya membawa pulang seorang bayi kembar yang sihat, manakala seorang lagi bayi yang sakit itu ditinggalkan bersama Pattarmon.
Kes itu menjadi liputan apabila Pattamon terpaksa mengumpul wang yang banyak untuk membiayai bayi kembar yang sakit itu.
Dalam pada itu, egen yang menguruskan proses ibu tumpang itu, Kamonthip Musikawong mendakawa Pattamon bersetuju menjaga bayi yang sakit itu.
Pejabat Kamonthip telah diserbu oleh polis susulan kejadian yang menimpa Pattarmon.
0 Komentar untuk "David Farnell Terlibat Kes Seksual Kanak-Kanak"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info