ShareThis to the world!

Fiza Kongsi Kisah Rujuk Dirinya Dan Adam Di Kala Sahur

Bagus juga Fiza sudi berkongsi mengenai kisah rujuknya dengan Adam kepada orang ramai. Iyerlah,sedikit sebanyak dapat memberi pengajaran kepada kita semua. Menariknya mereka berdua telah pun kembali bergelar suami isteri pada bulan Ramadhan lalu ketika bersahur.  Mesti Fiza rasa sangat terharu.
fiza elite
Kata Fiza:-
Tiba-tiba masa sahur itu dia lafazkan mahu rujuk seula. Mengalir juga air mata saya sebab tak sangka langsung. Alhamdulillah mulai dari detik itu, kami kembali bergelar sebagai suami isteri. Syukur Allah mendengar doa saya dan peminat.
Saya dapat lihat dia masih sayangkan saya daripada perbuatan dan caranya jadi bila dia bertanya (rujuk), saya tak fikir panjang sebab benda baik buat apa tunggu lama-lama.
Kalau nak kata kehidupan berubah daripada dulu tak ada sangat. Cuma masing-masing sudah baiki kesalahan diri sendiri. Ia mengajar kami agar lebih berhati-hati dalam kata-kata dan tingkah laku.
Paling penting, kami kena lebih banyak bersabar. Saya akui kehidupan lebih seperti lengkap semula. Dulu bila tak ada suami macam patah kaki sebelah juga rasanya.
Memanglah kita boleh hidup sendiri tapi bila bersuami ini rasanya lain sikit dan lebih baik sebenarnya.
fiza
Semoga kata-kata Fiza ini dijadikan panduan buat kita semua yang sedang mengharungi alam rumah tangga. Nasihat kepada  selaku seorang suami, orang lelaki kenalah banyak bersabar. Orang perempuan ini banyak kerenahnya. Jangan terlalu ikut perasaan. Selalu bawa berbincang. Jangan pendam perasaan lama-lama. Insya Allah kekal bahagia buat selamanya.
0 Komentar untuk "Fiza Kongsi Kisah Rujuk Dirinya Dan Adam Di Kala Sahur"

 
Copyright © 2014 Media CBS! - All Rights Reserved
Template By Catatan Info